{وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا}
- 3 -
الإمام ناصر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
04 - 05 - 1426 هـ
11 - 06 - 2005 مـ
ـــــــــــــــــــــ
{ وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا }
Dan hamba-hamba Ar-Rahman -Tuhan Yang Maha Pemurah- adalah orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati, dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan.
بسم الله الرحمن الرحيم {وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا} صدق الله العظيم [الفرقان:63]، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته، والسلام علينا وعلى عباد الله الصالحين أجمعين، أما بعد..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Dan hamba-hamba Ar-Rahman -Tuhan Yang Maha Pemurah- itu [ialah] orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati, dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan. (63)
Salam sejahtera ke atas kalian beserta rahmat Allah dan keberkahan-Nya, semoga keselamatan tetap ke atas kita dan hamba-hamba Allah yang baik seluruhnya, adapun sesudahnya..
لقد كنت في البلاد وليست لدينا في البادية انترنت لذلك تأخر ردي على الذي وصف خطاباتي بالخزعبلات، فأقول: عفى الله عنك أخي العزيز فهل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون؟ إنما يتذكر أُولو الألباب، فمن تدبر خطابي وهو يريد أن يفهم قال: ربّ زدني علماً، كان حقاً على الله أن يجعل له فرقاناً، وذلك نورُ روحٍ من الله تهبط إلى القلب ذلك عقل مطّور ومجهر مكبر يرى به مثاقيل الذرة من الذنوب كأعظم الجبال، وصار له قلب يعقل ويُميّز الحقّ من الباطل، وذلك هو معنى قوله تعالى: {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَتَّقُوا اللَّهَ يَجْعَلْ لَكُمْ فُرْقَاناً} صدق الله العظيم [الأنفال: 29].
Sesungguhnya sebelum ini aku berada dalam negeri di mana kami tidak mempunyai jaringan internet di gurun, kerana itu balasanku lambat terhadap seseorang yang menyifatkan keteranganku dengan cerita-cerita dongeng.
Maka aku katakan:
Semoga Allah mengampunimu saudaraku yang budiman, adakah sama orang-orang yang mengetahui dan orang-orang tidak mengetahui
?
Hanya orang berakal fikiran yang benar sahaja dapat mengambil peringatan dan pelajaran.
Barangsiapa yang merenungkan keteranganku sedang dia menginginkan untuk memahaminya, dia berkata: Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmu pengetahuan untukku, maka menjadi hak ke atas Allah untuk menjadikan baginya Furqan.
Itulah cahaya ruh dari Allah yang turun ke hati, itulah akal fikiran yang meningkat maju, menjadi mikroskop pembesar yang menunjukkan padanya, sekecil-kecil zarah dari dosa-dosa tampak bagaikan sebesar-besar gunung, maka hatinya menjadi hati yang boleh berfikir dan dapat membezakan kebenaran dan kebatilan.
Demikian itulah makna dari firman Allah Ta'ala:
Hai orang-orang yang beriman, jika kalian bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan kepada kalian Furqan.
Maha Benar Allah
[Al-Anfal]
ذلك هو نور البصيرة في قلوب المؤمنين ومن لم يجعل الله له نور فما له من نور: {فَإِنَّها لا تَعْمَى الأَبْصَارُ ولَكِن تَعْمَى القُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ} [الحج: 46].
Itulah cahaya penglihatan (bashirah) dalam hati orang yang beriman, barangsiapa yang Allah tidak menjadikan cahaya untuknya, maka dia tidak mempunyai cahaya:
Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada. (46)
[Al-Hajj]
هل يستوي الأعمى والبصير والظلمات والنور والظل والحرور؟ وما أنت بمسمع من في القبور. فما خطبك يا رجل هل تريد أن تدحض الحقّ بالباطل وتجادل في الله بغير علم ولا هُدًى ولا كتاب منير؟ وأنا لم أنكر أحاديث رسول الله بل أنكر ما خالف القرآن جملةً وتفصيلاً، فأقول هذا ليس عن رسول الله فلا ينبغي لأحاديث رسول الله أن تخالف حقائق هذا القرآن العظيم؛ بل تزيده بياناً وتوضيحاً لتبين للناس ما نُزِّل إليهم، بل وجدتُ تناقضاً بين الأحاديث نفسها وما كان لرسول الله أن يقول حديثين متناقضين، بل وجدت تناقضاً في أحاديث مشهورة لدى المسلمين، وأذكر اثنين منها من أحاديث الشفاعة، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: [يا فاطمة بنت محمد اعملي فلا أُغني عنك من الله شيئاً] صدق رسول الله صلى الله عليه وسلم.
Adakah sama orang yang buta dan orang yang dapat melihat, yang gelap gelita dan yang terang benderang, yang teduh dan yang panas? Engkau sama sekali tiada sanggup untuk membuatkan orang yang di dalam kubur dapat mendengar.
Ada apa denganmu wahai lelaki, adakah engkau mahu menafikan kebenaran dengan kepalsuan, engkau membantah mengenai Allah tanpa ilmu pengetahuan, tanpa petunjuk dan tanpa kitab yang menerangkan
?
Aku tidak mengingkari hadits-hadits Rasulullah, akan tetapi aku mengingkari hadits yang bertentangan dengan Al-Qur'an secara keseluruhannya maupun pada perinciannya, maka aku katakan bahawa hadits ini bukan dari Rasulullah, kerana tidak layak adanya percanggahan bagi hadits-hadits Rasulullah dengan hakikat-hakikat Al-Qur'an yang agung ini;
Ini kerana hadits yang hak itu menambahkan lagi keterangan dan penjelasan Al-Qur'an, agar wahyu yang diturunkan kepada manusia menjadi jelas bagi mereka.
Namun aku dapati adanya percanggahan antara hadits-hadits itu sendiri, padahal Rasulullah tidak mengatakan dua hadits yang saling bertentangan, bahkan aku temukan pertentangan pada hadits-hadits yang masyhur di kalangan umat Islam, aku akan menyatakan dua darinya yang termasuk hadits-hadits mengenai Syafa'at.
Rasulullah SAW bersabda:
Wahai Fatmah binti Muhammad, beramallah kamu dengan amal perbuatan yang baik, aku sama sekali tidak dapat menyelamatkanmu dari Allah
Benar sabda Rasulullah SAW
ولكني وجدت له نقيضاً حديثاً آخراً في الشفاعة طويلاً قال: [أنا لها أنا لها]! فكيف لنا أخي العزيز أن نعرف أيُّهم حق وأيّهم باطل مفترًى؟ هلّم الي لأعلمك الحقّ منهم إن كنت تريد الحقّ ولا ينبغي لي أن أقول هذا حق وهذا باطل بالظنِّ فالظن لا يغني من الحقّ شيئاً بل احتضن الحديث إليّ مع راويه وإذا كان من عند غير الله فسوف أجد بينه وبين القرآن اختلافاً كثيراً، ولأني من أولي الأمر منكم تعال لأستنبط لك من القرآن أيّهم الحقّ من هذين الحديثين المتواترين تقريباً، فما وجدته زاد القرآن توضيحاً فهو عن رسول الله ثم عليك أن تعلم أني لا أحكم بالقياس بل سوف أستنبط لك آية في نفس الموضوع لا تحيد عنهُ قيد شعرة، قال تعالى: {وَأَنذِرْ بِهِ الَّذِينَ يَخَافُونَ أَن يُحْشَرُواْ إِلَى ربّهم لَيْسَ لَهُم مِّن دُونِهِ وَلِيٌّ وَلاَ شَفِيعٌ لَّعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ} صدق الله العظيم [الأنعام: 51].
Akan tetapi aku dapati bagi hadits ini ada pertentangan, yaitu sebuah hadits lain yang panjang mengenai Syafa'at, Rasulullah bersabda:
Aku berhak (memberi syafa'at), aku berhak (memberi syafa'at)
!
Jadi saudaraku yang budiman, bagaimana kita ini dapat mengetahui mana hadits yang benar dan mana hadits batil yang direkayasa di antara keduanya
?
Kemarilah padaku, aku akan mengajarkanmu mana yang benar darinya, jika sungguh engkau inginkan kebenaran, tidaklah layak bagiku untuk mengatakan "yang ini benar dan yang ini salah" dengan persangkaan, kerana persangkaan itu sama sekali tidak berguna buat mencapai kebenaran.
Namun bawakan hadits itu beserta perawinya padaku, jika ianya datang dari selain Allah, maka kelak aku akan temukan banyak pertentangan antara hadits itu dan Al-Qur'an, kerana aku adalah pemimpin yang dipertanggungjawabkan untuk memutuskan -ulil amri- di antara kalian.
Maka kemarilah, aku akan keluarkan keputusannya untukmu dari Al-Qur'an, mana satu antara kedua hadits itu yang benar, yang mendekati derajat mutawatir, mana yang aku dapati menambahkan penjelasan Al-Qur'an, maka itulah yang benar ucapan Rasulullah.
Kemudian perlu engkau ketahui, bahawa aku tidak memutuskan dengan qias, bahkan kelak aku keluarkan untukmu ayat Al-Qur'an pada tajuk perkara yang sama, yang sama sekali tidak menyimpang dari topik pembahasan.
Allah Ta'ala berfirman:
Dan berilah peringatan dengan apa yang diwahyukan itu kepada orang-orang yang takut akan dihimpunkan kepada Tuhannya [pada hari kiamat], sedang bagi mereka tidak ada seorang pelindung dan pemberi syafa’atpun selain daripada Allah, agar mereka bertakwa. (51)
Maha Benar Allah
[Al-An'aam]
وقال تعالى: {لِيَقْطَعَ طَرَفًا مِّنَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَوْ يَكْبِتَهُمْ فَيَنقَلِبُوا خَائِبِينَ ﴿١٢٧﴾ لَيْسَ لَكَ مِنَ الْأَمْرِ شَيْءٌ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ أَوْ يُعَذِّبَهُمْ فَإِنَّهُمْ ظَالِمُونَ ﴿١٢٨﴾ وَلِلَّـهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ يَغْفِرُ لِمَن يَشَاءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَاءُ ۚ وَاللَّـهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿١٢٩﴾} صدق الله العظيم [آل عمران].
Allah Ta'ala berfirman:
[Kemenangan itu] adalah untuk membinasakan segolongan orang-orang yang kafir atau untuk menjadikan mereka hina, lalu mereka kembali dengan tiada memperoleh apa-apa.(127)
Tak ada sedikitpun campur tanganmu dalam urusan mereka itu atau Allah menerima taubat mereka, atau mengazab mereka, karena sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim. (128)
Kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dia memberi ampun kepada siapa yang Dia kehendaki; Dia menyiksa siapa yang Dia kehendaki; dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (129)
Maha Benar Allah
[Ali 'Imran]
وحين نزل جبريل بهذه الآية على رسول الله وهو في مجلسه الموقر بين صحابته ثم نادى محمد رسول الله -صلّى الله عليه وآله وسلّم- على مسمع من صحابته المكرمين، فقال: [يا فاطمة بنت محمد] فقالت من وراء الحجاب: "لبيك أبتي" قال: [اعملي فلا أُغني عنك من الله شيئاً] صدق مُحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم.
Ketika Jibril turun membawakan ayat ini kepada Rasulullah, sedang beliau berada di majlisnya yang terhormat antara sahabat-sahabatnya, lalu Nabi menyeru orang yang mendengar dari sahabat-sahabatnya, dan bersabda:
Wahai Fatimah anak perempuan Muhammad
Fatimah menjawab dari balik hijab: "Saya di sini ayahanda", lalu Rasulullah bersabda:
"Beramallah kamu dengan amal perbuatan yang baik, aku sama sekali tidak dapat menyelamatkanmu dari Allah"
Benar sabda Muhammad Rasulullah SAW.
فهو يريد أن يسمع الصحابة أنه لا يستطيع أن يشفع لابنته فكيف يشفع لأمّته؟ بل يريد اليهود أن نُبالغ في رسول الله بغير الحقّ كما بالغت النّصارى في المسيح ابن مريم، بل الشفاعة لله جميعاً وسرها عظيم لا يعلم بسر الشفاعة إلا عبد واحد فقط من عباد الله تحل له الشفاعة وهو الذي يحيطه الله بالوسيلة، وإنما رسول الله قال: وأرجو أن يكون أنا، فهذا العبد لا يعرفه حتى رسول الله لذلك قال: أرجو أن يكون أنا، فهذا العبد مجهول لا يعلم بسره إلا الحي القيوم، وقال تعالى: {يَوْمَئِذٍ لَّا تَنفَعُ الشَّفَاعَةُ إِلَّا مَنْ أَذِنَ لَهُ الرَّحْمَـٰنُ وَرَضِيَ لَهُ قَوْلًا ﴿١٠٩﴾ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِهِ عِلْمًا ﴿١١٠﴾ وَعَنَتِ الْوُجُوهُ لِلْحَيِّ الْقَيُّومِ وَقَدْ خَابَ مَنْ حَمَلَ ظُلْمًا ﴿١١١﴾} صدق الله العظيم [طه].
Ini adalah kerana Rasulullah mahu sahabat-sahabatnya mendengarkan, bahawa beliau tidak dapat memberi syafa'at untuk anak perempuannya sendiri, jadi bagaimana pula beliau dapat memberi syafa'at kepada umatnya
?
Akan tetapi Yahudi menginginkan supaya kita melakukan perkara yang berlebih-lebihan terhadap Rasulullah tanpa alasan yang benar, sebagaimana kaum Nasrani melebih-lebihkan Al-Masih 'Isa Putera Maryam, bahkan Syafa'at adalah kepunyaan Allah seluruhnya, sedang rahsianya agung, tiada sesiapa yang tahu rahasia Syafa'at, kecuali seorang hamba sahaja dari hamba-hamba Allah, yang dibenarkan untuk memberi Syafa'at.
Hamba itulah yang Allah kurniakan Wasilah (kedudukan tertinggi dan terpuji di sisi Allah), sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Aku berharap orang itu adalah aku", kerana hamba Allah ini tidak ada yang tahu walau Rasulullah sendiri, sebab itu beliau bersabda: "Aku berharap orang itu adalah aku", kerana hamba Allah ini tidak diketahui (majhul), tiada yang tahu rahasianya melainkan Yang Maha Hidup Kekal lagi Maha Mengurusi hamba-hamba-Nya sentiasa.
Firman Allah Ta'ala:
Pada hari itu tidak berguna syafa’at, kecuali [syafa’at] orang yang Allah Maha Pemurah telah memberi izin kepadanya, dan Dia telah meridhai perkataannya. (109)
Dia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak punya pengetahuan mengenainya. (110)
Dan tunduklah semua muka [dengan berendah diri] kepada Tuhan Yang Hidup Kekal lagi senantiasa mengurus [makhluk-Nya]. Dan sesungguhnya telah merugilah orang yang melakukan kezaliman. (111)
Maha Benar Allah
[Tha Ha]
وإنّ الله لا يقصد نفسه بقوله ولا يحيطون به علماً؛ بل هذا العبد الذي أذن له الرحمن ورضي لهُ قولاً، فهذا شأن الله يأذن لمن يشاء وما كان لعبد أن يتجرأ بين يدي الله فيقول شفِّعني، بل خشعت الأصوات للحي القيوم لا تسمعُ إلا همساً، فهنا وجدنا الحديث الحقّ قد توافق مع ما جاء في القرآن، أما الباطل فقد وجدناه اختلف مع القرآن ومع الحديث الحقّ عن رسول الله في أمر الشفاعة، فيا عجبي لأمة تروي أحاديثاً متناقضةً، ولو تدبروا القرآن لاستطاعوا أن يُميِّزوا بين الحقّ والباطل، وسوف يجدون بين القرآن وبين الحديث الذي من عند غير الله اختلافاً كثيراً، ومعنى قوله من عند غير الله أي اليهود وأوليائهم الشياطين الذين جاءوا إلى رسول الله، قال الله تعالى: {إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّـهِ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ وَاللَّـهُ يَشْهَدُ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ ﴿١﴾ اتَّخَذُوا أَيْمَانَهُمْ جُنَّةً فَصَدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّـهِ إِنَّهُمْ سَاءَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿٢﴾} صدق الله العظيم [المنافقون].
Sesungguhnya Allah tidak maksudkan Diri-Nya dengan firman: "sedang mereka tidak punya pengetahuan mengenainya"; namun yang dimaksudkan adalah hamba Allah yang diberi izin oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, dan Dia meredhai ucapan hamba-Nya itu.
Ini adalah urusan Allah, Dia memberi izin bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, tidak ada hamba yang nekad berani untuk mengatakan di hadapan Allah: "Berilah aku syafa'at", bahkan semua suara merendah di hadapan Yang Maha Hidup Kekal lagi Maha Mengurusi makhluk-Nya, tiadalah engkau dengarkan kecuali hanya bisikan sahaja.
Maka di sini kita temukan hadits benar yang sejalan dengan wahyu Al-Qur'an, adapun hadits yang batil, maka sesungguhnya kita dapati ianya bertentangan dengan Al-Qur'an dan hadits yang benar dari Rasulullah mengenai Syafa'at.
Betapa mengherankanku umat ini meriwayatkan hadits-hadits yang bertentangan, sekiranya mereka beradabbur dengan merenungkan Al-Qur'an ini, nescaya mereka dapat membezakan antara yang benar dan yang salah, kelak mereka akan temukan adanya banyak pertentangan antara Al-Qur'an dan hadits yang datang dari selain Allah.
Makna firman Allah "yang datang dari selain Allah" (QS 4:82), yakni dari Yahudi dan penolong-penolong mereka dari kalangan syaitan-syaitan yang mendatangi Rasulullah.
Allah Ta'ala berfirman:
Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: "Kami mengakui, bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah". Dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya; dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta. (1)
Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi [manusia] dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan. (2)
Maha Benar Allah
[Al-Munafiqun]
وقد أضلوا المسلمين عن طريق الحديث حتى ردّوهم من بعد إيمانهم كافرين أولئك هم الفريق الذي حذّر الله منهم المسلمين، وقال: {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تُطِيعُوا فَرِيقًا مِّنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ يَرُدُّوكُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ كَافِرِينَ ﴿١٠٠﴾ وَكَيْفَ تَكْفُرُونَ وَأَنتُمْ تُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ آيَاتُ اللَّـهِ وَفِيكُمْ رَسُولُهُ وَمَن يَعْتَصِم بِاللَّـهِ فَقَدْ هُدِيَ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ ﴿١٠١﴾} صدق الله العظيم [آل عمرن].
Sesungguhnya Yahudi telah menyesatkan umat Islam melalui hadits, sehingga mereka dapat mengembalikan umat Islam kepada kekafiran setelah mereka beriman, mereka itulah segolongan manusia yang Allah telah beri amaran pada umat Islam terhadap mereka.
Firman Allah:
Hai orang-orang yang beriman, jika kalian mengikuti segolongan dari orang-orang yang diberi Al Kitab, niscaya mereka akan mengembalikan kalian menjadi orang kafir sesudah kalian beriman. (100)
Bagaimanakah kalian [sampai] menjadi kafir, padahal ayat-ayat Allah dibacakan kepada kalian, dan Rasul-Nya juga berada di tengah-tengah kalian? Barangsiapa yang berpegang teguh kepada [agama] Allah maka sesungguhnya dia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus. (101)
Maha Benar Allah
[Keluarga 'Imran]
وقال تعالى: {أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللَّـهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اختلافا كَثِيرًا ﴿٨٢﴾ وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِّنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ ۖ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَىٰ أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنبِطُونَهُ مِنْهُمْ ۗ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّـهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلَّا قَلِيلًا ﴿٨٣﴾} صدق الله العظيم [النساء].
Allah Ta'ala berfirman:
Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Qur’an? Jika sekiranya ia datang dari selain Allah, tentulah mereka temukan pertentangan yang banyak padanya. (82)
Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau-lah mereka menyerahkannya kepada Rasul dan kepada Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya [akan dapat] mengetahuinya dari mereka [Rasul dan Ulil Amri]. Kalau-lah tidak karena karunia dan rahmat Allah kepada kalian, tentulah kalian mengikuti syaitan, kecuali sebahagian kecil sahaja [di antara kalian]. (83)
Maha Benar Allah
[An-Nisaa]
ومعنى قوله {وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِّنَ الْأَمْنِ} أي حديث عن رسول الله -صلّى الله عليه وآله وسلّم- فمن أطاع الله ورسوله يأتي يوم القيامة آمناً من عذاب الله. ومعنى قوله {أَوِ الْخَوْفِ} وهو من أطاع اليهود الشياطين يأتي خائفاً يوم القيامة بل أفئدتهم هواء من الخوف. ومعنى قوله {أَذَاعُوا بِهِ} وهو اختلاف المسلمين في هذا الحديث الوارد عن رسول الله، فطائفة تقول إنهُ عن رسول الله والأخرى تنكره وأنه ليس من رسول الله. ومعنى قوله {وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ} أي إلى أحاديث رسول الله هل يختلف هذا الحديث معها في شيء. ومعنى قوله{وَإِلَىٰ أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ} وهم الراسخون في العلم الذين يؤتيهم الله علم الكتاب فيستطيعوا أن يستنبطوا الحكم من آيات القرآن الحكيم فيجدوا في القرآن ما يخالف هذا الحديث إنْ كان من عند غير الله ورسوله، أو يستنبطوا آياتٍ تتفق مع هذا الحديث فتصبح برهاناً بأن هذا الحديث من عند الله ورسوله. ومعنى قوله {وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّـهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلَّا قَلِيلًا} فهنا البشرى الكبرى بالمنقذ للناس أجمعين من الشيطان الرجيم فلا يتبعه إلا أولياؤه الذين يعلمون أنهُ الشيطان الرجيم ويكفرون بالحقّ وهم يعلمون أنه الحقّ وهم للحقّ كارهون أولئك يلعنهم الله ويلعنهم اللاعنون، وقد جاء الحقّ ولكن أكثركم لا يعلمون يجادلون بالباطل ليُدحضوا به الحقّ وهم لا يعلمون، ومن أصدق من الله قيلاً؟ فبأي حديث بعده يؤمنون؟.
Makna firman Allah: "Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan", yakni hadits dari Rasulullah SAW, kerana sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka dia akan datang pada Hari Kiamat dalam keadaan aman dan selamat dari azab Allah.
Makna firman Allah: " ataupun ketakutan", adalah sesiapa yang mentaati Yahudi para syaitan itu, maka dia datang dalam keadaan takut dan khuatir pada Hari Kiamat, bahkan hati-hati mereka kosong hampa kerana ketakutan.
Makna firman Allah: "mereka lalu menyiarkannya", ianya adalah perselisihan umat Islam mengenai hadits yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW, yang mana sekelompok orang mengatakan ianya dari Rasulullah, manakala sekelompok yang lain menafikannya, mereka menyatakan bahawa ianya bukan dari Rasulullah.
Makna firman Allah: "Dan kalau-lah mereka menyerahkannya kepada Rasul", yakni menyerahkan kepada hadits-hadits Rasulullah, adakah suatu pertentangan pada hadits ini dengan hadits-hadits Rasulullah.
Makna firman Allah: "kepada Ulil Amri di antara mereka", iaitu kepada mereka yang mendalam ilmu pengetahuannya, yang Allah anugerahkan kepada mereka ilmu Al-Kitab, lalu mereka dapat mengeluarkan hukum keputusan Allah dari ayat-ayat Al-Qur'an, maka mereka mendapatkan perkara yang bertentangan dengan hadits ini dalam Al-Qur'an, jika ianya datang dari selain Allah dan Rasul-Nya, atau mereka mengeluarkan ayat-ayat Al-Qur'an yang sejalan dengan hadits ini, maka ianya menjadi bukti bahawa hadits ini adalah benar datang dari sisi Allah dan Rasul-Nya.
Makna firman Allah: "Kalau-lah tidak karena karunia dan rahmat Allah kepada kalian, tentulah kalian mengikuti syaitan, kecuali sebahagian kecil sahaja [di antara kalian]", maka di sini terdapat berita gembira yang besar, dengan adanya penyelamat seluruh manusia dari syaitan yang terkutuk.
Tiadalah yang mengikuti syaitan itu kecuali penolong-penolongnya, yang mana mereka itu tahu bahawa dia adalah syaitan yang direjam, mereka itu mengingkari kebenaran padahal mereka tahu ianya benar, namun mereka membenci kebenaran itu, mereka itu dilaknati oleh Allah dan dilaknati [pula] oleh semua [makhluk] yang dapat melaknat.
Sesungguhnya kebenaran telah datang akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya, mereka membantah dengan kebatilan untuk melenyapkan kebenaran sedang mereka tidak mengetahuinya, siapakah yang lebih benar perkataannya selain Allah
?
Maka pada perkataan mana lagikah sesudah Al-Qur'an ini mereka akan percaya
?
وإذا وقف القمر أمام الشمس في الكسوف القادم في أول رمضان (1426) فسوف تعلمون من أكون وتلك آية من ربّ العالمين لعلكم تؤمنون بالحق، وإن اكثركم للحقّ كارهون. وما يدريني بأن القمر سوف يقف أمام الشمس بل ذلك هو معنى قوله تعالى: {أَلَمْ تَرَ إِلَىٰ رَبِّكَ كَيْفَ مَدَّ الظِّلَّ وَلَوْ شَاءَ لَجَعَلَهُ سَاكِنًا ثُمَّ جَعَلْنَا الشَّمْسَ عَلَيْهِ دَلِيلًا ﴿٤٥﴾ ثُمَّ قَبَضْنَاهُ إِلَيْنَا قَبْضًا يَسِيرًا ﴿٤٦﴾} صدق الله العظيم [الفرقان].
Ketika bulan telah berhenti di hadapan matahari pada gerhana matahari yang akan datang di awal Ramadhan (1426H) maka kalian akan mengetahui siapa aku, itulah pertanda dari Tuhan Semesta Alam mudah-mudahan kalian mempercayai kebenaran, namun kebanyakan kalian membenci kebenaran itu.
Apa yang membuatkanku tahu bahawa bulan akan berhenti di hadapan matahari, bahkan yang demikian itu adalah makna firman Allah Ta'ala:
Apakah engkau tidak memperhatikan [penciptaan] Tuhanmu, bagaimana Dia memanjangkan [dan memendekkan] bayang-bayang; dan kalau Dia menghendaki niscaya Dia menjadikan tetap bayang-bayang itu, kemudian Kami jadikan matahari sebagai petunjuk atas bayang-bayang itu, (45)
kemudian Kami tarik bayang-bayang itu kepada Kami dengan tarikan yang perlahan-lahan. (46)
Maha Benar Allah
[Al-Furqan]
وهذه الآية نزلت بعد كسوف الشمس في عهد رسول الله -صلّى الله عليه وآله وسلّم- وكان رسول الله لأول مرة يشاهد كسوف الشمس فقال تعالى مخاطباً نبيه: {أَلَمْ تَرَ إِلَىٰ رَبِّكَ كَيْفَ مَدَّ الظِّلَّ} ومعروف أن الظل هو ظل الشيء الذي يحجب ضوء الشمس وهو القمر، فكانت مكة في مخروط ظل القمر في ذلك الكسوف ثم قال: {وَلَوْ شَاءَ لَجَعَلَهُ سَاكِنًا} وذلك تثبيت القمر أمام الشمس عند مروره مطابقاً لها حتى إذا حجب ضوء الشمس فيرى أهل مكة وما جاورها القمر يحجب ضوء الشمس، ثم يثبته الله بقدرته كن فيكون، ومعنى قوله {ثُمَّ جَعَلْنَا الشَّمْسَ عَلَيْهِ دَلِيلًا} وذلك لأن الشمس كشفت القمر للناس لأنه مرّ أمامها فحجب ضوءها فدلّ على مرور القمر أمام الشمس، ثم يسكن أمام الشمس حتى تظل مكة وما جاورها في مخروط الظل إلى ما شاء الله من الوقت، {ثُمَّ قَبَضْنَاهُ إِلَيْنَا قَبْضًا يَسِيرًا} وهنا تخضع أعناق الجبابرة وهم صاغرون.
Ayat ini telah diturunkan selepas gerhana matahari di zaman Rasulullah SAW, itulah pertama kalinya Rasulullah menyaksikan gerhana matahari, maka Allah Ta'ala berfirman kepada Nabi-Nya: "Apakah engkau tidak memperhatikan [penciptaan] Tuhanmu, bagaimana Dia memanjangkan [dan memendekkan] bayang-bayang", dapat diketahui bahawa bayang-bayang adalah bayangan sesuatu yang menutupi cahaya matahari, ia adalah bulan.
Adalah kota Mekkah pada waktu terjadinya gerhana matahari itu berada dalam kon bayangan bulan, kemudian firman Allah: "dan kalau Dia menghendaki niscaya Dia menjadikan tetap bayang-bayang itu", demikian itu kerana matahari menyingkapkan bulan bagi manusia sebab bulan melintasi matahari dan menutupi cahayanya, yang menunjukkan bulan beredar di hadapan matahari menutupi cahayanya.
Kemudian ia tetap berada di hadapan matahari sehingga bayangannya membayangi kota Mekkah dan sekitarnya dalam kon bayangan sampai pada waktu yang dikehendaki Allah, " kemudian Kami tarik bayang-bayang itu kepada Kami dengan tarikan yang perlahan-lahan", di sini tertunduklah leher-leher mereka yang gagah perkasa ke bawah sedang mereka merendahkan diri.
فبالله عليكم يا معشر المسلمين كيف أخبركم من أكون وقد حرّمتم علي أن أعرّفكم بنفسي، ولو عرّفتكم بنفسي لكذبتموني، وإن توعدكم الله بالعذاب سوف تقولون سننظر أصدقت أم كنت من الكاذبين، فيا عجبي لأمركم! وهل ينفع الإيمان حين نزول العذاب لذلك سوف يعرفكم بشخصيتي بينكم الشمس والقمر إن كنت حقاً من الصادقين، والحمد لله الذي جعل اسمي صفتي وخبري فيغنيني عن التعريف، وجزى الله هذا المنتدى بخير ما جزى به عباده الصالحين فإن كنت كاذباً فعلي كذبي.
Demi Allah kalian ini wahai sekalian umat Islam, bagaimana lagi aku dapat beritahukan kepada kalian siapa aku, sesungguhnya kalian telah mencegahku untuk memperkenalkan diri pada kalian, sekiranya aku memperkenalkan diriku kepada kalian nescaya kalian mendustakanku.
Sekiranya Allah menjanjikan ancaman kepada kalian dengan azab seksaan, kelak kalian akan mengatakan, kami akan tunggu dan lihat adakah engkau benar atau engkau dari kalangan pendusta, betapa mengherankanku urusan kalian ini
!
Adakah keimanan akan berguna ketika turunnya azab seksaan, kerana itu kelak matahari dan bulan akan memperkenalkan siapa aku sebenarnya di antara kalian jika aku termasuk orang-orang yang benar, segala puji bagi Allah yang telah menjadikan namaku sebagai sifatku dan pemberitaanku, tidak perlu lagi aku memperkenalkannya.
Semoga Allah mengurniakan kebaikan pada forum ini seperti kebaikan yang telah dikurniakan-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang baik, jika aku berbohong maka aku-lah yang akan menanggung akibatnya.
يا أيها الناس لا آمركم إلا ما أمركم به محمد رسول الله -صلّى الله عليه وآله وسلّم- وجميع النَّبيّن من ربّهم أن تعبدوا الله وحده لا شريك له لعلكم تفلحون، وما يؤمن أكثركم إلا وهم بربّهم مشركون، فما لكم لا ترجون لله وقاراً وقد خلقكم أطواراً وفضلكم على كثيرٍ من الخلائق تفضيلاً، وكان الإنسان لربه ظهيراً.
Wahai manusia, aku tidak memerintahkan kalian melainkan dengan perkara yang diperintahkan kepada kalian oleh Muhammad Rasulullah SAW, dengan perintah yang dibawa oleh seluruh nabi Allah, untuk menyembah hanya kepada Allah semata-mata tiada sekutu bagi-Nya mudah-mudahan kalian beroleh kejayaan.
Tidaklah beriman kebanyakan kalian melainkan mereka dalam keadaan menyekutukan Tuhan mereka, ada apa dengan kalian ini tidak percaya akan kebesaran dan kekuasaan Allah, padahal Allah telah menciptakan kalian dalam beberapa tingkatan kejadian, dan Allah telah mengutamakan kalian melebihi sekalian makhluknya dengan sebenar-benarnya, namun manusia itu seringkali tidak bersyukur, menjadi penolong untuk mendurhakai Tuhannya.
وأوصيكم بكتاب الله وسنة رسوله إلا ما اختلف منها مع القرآن فاستمسكوا بالقرآن ومن أصدق من الله قيلاً؟ ولا حاجة لي بنصركم بل الله هو من ينصرني ويُظهرني ولو كره المشركون، إنَّ الله لا يُخلف الميعاد، إن الله متمّ نوره ولو كره المشركون: {وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ} [الأنفال: 30].
Aku menasihati kalian supaya tetap berpegang pada Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, kecuali yang bertentangan di antaranya dengan Al-Qur'an, maka tetaplah berpegang teguh dengan Al-Qur'an, siapakah yang lebih benar perkataannya dari Allah
?
Aku tidak perlukan sokongan dan pertolongan kalian, bahkan Allah yang akan menolongku dan menzahirkanku meskipun orang-orang musyrik tidak menyukainya, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji-Nya, sesungguhnya Allah akan menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang musyrik membencinya:
Mereka menjalankan tipu daya dan Allah akan menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah-lah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya. (30)
[Al-Anfal]
وأرجو أن يضاف هذا الخطاب إلى ما سلف وأنا مسافرٌ إلى البادية إن شاء الله، وسوف نلتقي قريباً بإذن الله، فلننتظر شهادة الشمس والقمر بإذن الله في أول رمضان (1426) الموافق (2005) في عامكم هذا بإذن الله، فلا تقولوا أنت فلان بل ننتظر القمر والشمس بإذن الله، وليست المُعجزة معرفة ميعاد الكسوف فأنتم تعلمون ميعاد الكسوف والخسوف بالدقيقة والثانية بل المُعجزة في توقف القمر أمام قرص الشمس وأنتم تشهدون، ولسوف تشهدون ما تشهدون ولله الأمر من قبل ومن بعد، والله على كُل شيء قدير، والسلام على من اتّبع الهُدى..
Aku berharap keterangan ini akan ditambahkan pada keterangan sebelum ini, aku akan mengembara di gurun jika Allah menghendakinya, kelak kita akan bertemu dalam waktu dekat dengan izin Allah.
Maka hendaklah kita tunggu kesaksian matahari dan bulan dengan izin Allah pada awal Ramadhan (1426H) bersamaan dengan tahun (2005M) ini dengan izin Allah.
Janganlah kalian mengatakan engkau itu ini, namun kita tunggu bulan dan matahari dengan izin Allah. Bukanlah suatu keajaiban mukjizat dengan mengetahui waktu gerhana matahari, kerana kalian tahu waktu akan terjadi gerhana matahari dan bulan pada minit dan saat, tetapi yang menjadi keajaiban mukjizat adalah terhentinya bulan di hadapan cakra matahari sedang kalian menyaksikannya.
Kelak kalian akan menyaksikan apa yang kalian lihat, bagi Allah segala urusan pada sebelum dan selepasnya, sesungguhnya Allah ke atas tiap-tiap sesuatu itu Maha Menguasai.
Salam ke atas mereka yang mengikuti petunjuk.
أخوكم في الله المحب لأولياء الله وخاتم خلفاء الله أجمعين الناصر لخاتم النَّبيّين؛ ناصر محمد اليماني.
Saudara kalian di jalan Allah, pencinta wali-wali Allah
Khalifah Terakhir bagi semua, Pembela penutup para nabi;
Naser Mohammed Al-Yamani
ــــــــــــــــــــــ
sumber:
https://albushra-islamia.com/showthread.php?t=2087
Dan hamba-hamba Ar-Rahman adalah mereka yang berjalan di bumi dengan rendah hati, dan apabila orang- orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang selamat
اقتباس المشاركة 227685 من موضوع Al-Qur'an Adalah Risalah Syamilah Untuk Manusia Dan Jinn, Yang Mengandungi Seluruh Kunci Keghaiban Termasuk Peristiwa-peristiwa Besar Lagi Penting Dari Awal Hingga Akhir..
اضغط هنا لقراءة البيان المقتبس..