بسم الله الرحمن الرحيم


RasuluLLAH SAW Bersabda
( سيأتي على الناس زمان بطونهم آلهتهم ونساؤهم قبلتهم ، ودنانيرهم دينهم ، وشرفهم متاعهم ، لا يبقى من الايمان إلا اسمه ، ومن الاسلام إلا رسمه ، ولا من القرآن إلا درسه ، مساجدهم معمورة ، وقلوبهم خراب من الهدى ، علماؤهم أشر خلق الله على وجه الأرض . حينئذ ابتلاهم الله بأربع خصال : جور من السلطان ، وقحط من الزمان ، وظلم من الولاة والحكام ، فتعجب الصحابة وقالوا : يا رسول الله أيعبدون الأصنام ؟ قال : نعم ، كل درهم عندهم صنم ) .

Akan datang suatu zaman atas manusia. Perut-perut mereka menjadi Tuhan-tuhan mereka. Perempuan-perempuan mereka menjadi kiblat mereka. Dinar-dinar(uang) mereka menjadi agama mereka. Kehormatan mereka terletak pada kekayaan mereka. Waktu itu, tidak tersisa iman sedikit pun kecuali namanya saja. Tidak tersisa Islam sedikit pun kecuali ritual-ritualnya saja. Tidak tersisa Al-Quran sedikit pun kecuali pelajarannya saja. Masjid-masjid mereka makmur dan damai, akan tetapi hati mereka kosong dari petunjuk. Ulama-ulama mereka menjadi makhluk Allah yang paling buruk di permukaan bumi. Kalau terjadi zaman seperti itu, Allah akan menyiksa mereka dan menimpakan kepada mereka berbagai bencana : Kekejaman para penguasa, kekeringan masa, dan kekejaman para pejabat serta pengambil keputusan."
Maka takjublah para sahabat mendengar pembicaraan Nabi. Mereka bertanya, "Wahai Rasul Allah, apakah mereka ini menyembah berhala ?"
Nabi menjawab, "Ya ! Bagi mereka, setiap serpihan dan kepingan uang menjadi berhala

**************************
******************
**********


https://albushra-islamia.com/showthrea...%E1%C3%D1%D6))

Ketahuilah, demi Allah; Dzat yang tidak ada tuhan yang berhak disembah selainNya, sesungguhnya aku tidak mengkhuatirkan fitnah si pendusta Dajjal Al-Masih ke atas kaum muslimin, akan tetapi yang aku khuatirkan menimpa mereka adalah fitnah sejahat-jahat ulama di bawah kolong langit, iaitu orang-orang yang enggan untuk mengingkari bahawa 'si pendusta Dajjal Al-Masih akan dianugerahkan Allah, dengan tanda-tanda kekuasaanNya yang besar agung', ketahuilah bahawasnya laknat Allah menimpa orang-orang yang berdusta.



DARI IMAM MAHDI AL-MUNTADZAR NASEER MUHAMMAD AL-YAMANI

Wahai para kekasihku di jalan Allah, sesungguhnya Allah telah berjanji kepada hambaNya Imam Mahdi bahawa Dia akan mengumpulkan bagi Imam Mahdi tentera-tenteraNya yang terdiri dari makhluk-makhluk jin dan manusia dari setiap jenis yang berada di langit maupun yang di bumi; akan tetapi malangnya, walaupun Allah mengumpulkan tentera-tenteraNya dari setiap makhluk kepada Imam Mahdi, akan tetapi yang demikian itu tidak akan menambah bagi kebanyakan kaum muslimin kecuali mereka bertambah tidak percaya dan bertambah ingkar terhadap Imam Mahdi Al-Muntazhar.

Barangkali ada salah seorang dari para kekasih dari kalangan Ansarku ingin bertanya: Tenang, nanti dulu wahai Imamku, bagaimana pula kebanyakan kaum muslimin boleh bertambah ingkar terhadap Al-Mahdi Al-Muntazhar yang sejati dari Tuhan mereka, hatta walaupun Allah mengumpulkan bagi Al-Mahdi para tenteraNya dari makhluk-makhlukNya yang berada di langit maupun yang berada di bumi dari kalangan malaikat, jin, manusia, burung-burung dan lain-lain!?"

"Bagaimana mereka boleh tidak percaya bahawa orang ini, yang telah Allah kumpulkan baginya para tenteraNya dari kalangan makhluk-makhlukNya, adalah Imam Mahdi; sedangkan mereka menyaksikan bahawa makhluk-makhluk itu telah datang bergabung dengan para tentera Al-Mahdi, untuk mentaati perintah Khalifah Allah ke atas mereka maka mereka berdatangan dari langit dan bumi demi membai'ah Khalifah Allah untuk memerangi Dajjal Al-Masih si pendusta beserta tentera-tenteranya dari kalangan jin dan manusia, maka bagaimana pula kaum muslimin boleh tidak mempercayai bahawa sesungguhnya orang ini, yang telah Allah memperkuatnya dengan tentera-tenteraNya dari langit dan bumi itu, bahawa sesungguhnya dia benar-benar adalah Imam Mahdi yang mereka nanti-nantikan?"


Kerana itu Imam Mahdi Nasser Muhammad Al-Yamani memberi jawaban kepada orang-orang yang bertanya; dan aku katakan: Bahkan kelak mereka akan mengatakan bahawasanya orang ini (Al-Mahdi sebenar) adalah Dajjal Al-Masih si pendusta. Benarlah firman Allah Ta'ala:

{ وَلَوْ أَنَّنَا نَـزَّلْنَا إِلَيْهِمُ الْمَلائِكَةَ وَكَلَّمَهُمُ الْمَوْتَى وَحَشَرْنَا عَلَيْهِمْ كُلَّ شَيْءٍ قُبُلا مَا كَانُوا لِيُؤْمِنُوا إِلا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ يَجْهَلُونَ }
صدق الله العظيم
[ الأنعام-111]


"Kalau sekiranya Kami turunkan malaikat kepada mereka, dan orang-orang yang telah mati berbicara dengan mereka dan Kami kumpulkan segala sesuatu ke hadapan mereka, niscaya mereka tidak akan beriman, kecuali jika Allah menghendaki, akan tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui"
Maha Benar Allah
[ الأنعام-111]

Kerana akidah mereka bahawasanya Dajjal Al-Masih si pendusta itu kelak, diberi kemampuan yang menakjubkan luarbiasa di langit dan di bumi, di mana langit kelak akan taat perintah dajjal hinggakan apabila Dajjal berkata: Wahai langit, turunkanlah hujan", lalu langit pun menurunkan hujan, dan Dajjal berkata pula kepada bumi: "Tumbuhkanlah tanaman", maka bercambahlah dari bumi tanaman-tanaman. Ingatlah, sesungguhnya laknat Allah menimpa orang-orang yang berdusta..

Ketahuilah, demi Allah; Dzat yang tidak ada tuhan yang berhak disembah selainNya, sesungguhnya aku tidak mengkhuatirkan fitnah si pendusta Dajjal Al-Masih ke atas kaum muslimin, akan tetapi yang aku khuatirkan menimpa mereka adalah fitnah sejahat-jahat ulama di bawah kolong langit, iaitu orang-orang yang enggan untuk mengingkari bahawa 'si pendusta Dajjal Al-Masih akan dianugerahkan Allah, dengan tanda-tanda kekuasaanNya yang besar agung', ketahuilah bahawasnya laknat Allah menimpa orang-orang yang berdusta.

Marilah kita kembali kepada hukum Al-Qur'an yang agung. Ketahuilah, demi Allah; Dzat yang tidak ada tuhan yang berhak disembah selainNya, bahawasanya kalian semua tidak mampu untuk mendatangkan satu dalil pun dari Al-Qur'an yang agung, yang menyatakan bahawasanya Allah akan menyokong Dajjal dengan mengurniakan kemampuan yang menakjubkan luarbiasa dari tanda-tanda kekuasaanNya kepada si penipu Dajjal Al-Masih. Lalu, bagaimana pula kalian boleh beriktikad, berpegang pada keyakinan terhadap sesuatu yang menyalahi tantangan Allah melawan kebatilan, yang terdapat pada muhkam kitabNya, dan juga terhadap penolong-penolong kebatilan sedang mereka merasakan bahawa mereka mendapat petunjuk!!
Firman Allah Ta'ala:

{ قُلِ ادْعُوا الَّذِينَ زَعَمْتُم مِّن دُونِ اللَّهِ لا يَمْلِكُونَ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلا فِي الأَرْضِ وَمَا لَهُمْ فِيهِمَا مِن شِرْكٍ وَمَا لَهُ مِنْهُم مِّن ظَهِيرٍ }
صدق الله العظيم
[سبأ:22]


"Katakanlah: 'Serulah mereka yang kalian anggap selain Allah, mereka tidak memiliki seberat zarrahpun di langit maupun di bumi, dan mereka tidak mempunyai suatu sahampun dalam urusan di langit maupun di bumi dan sekali-kali tidak ada di antara mereka yang menjadi pembantu bagi-Nya"
Maha Benar Allah


Keadaan mereka itu (para makhluk), mereka tidak bersekutu dalam penciptaan langit dan bumi, kerana itulah langit dan bumi tidak akan mentaati perintah dari sebuah kebatilan, dari musuh Allah kerana ingatlah, demi Allah; sesungguhnya keghairahan dan kecemburuan langit dan bumi, serta gunung-ganang -dan ini merupakan keghairahan dan kecemburuan yang dahsyat- terhadap Tuhan mereka sehingga mereka meminta izin Allah dari waktu ke waktu untuk membalas dendam mereka terhadap kebatilan beserta penolong-penolongnya akan tetapi Allah belum lagi memberi izinNya.
Allah Ta'ala berfirman:

{وَقَالُوا اتَّخَذَ الرَّحْمَنُ وَلَدًا (88)

"Dan mereka berkata: 'Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil anak'.

لَقَدْ جِئْتُمْ شَيْئًا إِدًّا (89)

Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar,

تَكَادُ السَّمَوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ وَتَنْشَقُّ الأَرْضُ وَتَخِرُّ الْجِبَالُ هَدًّا (90)

hampir-hampir langit pecah karena ucapan itu, dan bumi belah, dan gunung-gunung runtuh,

أَنْ دَعَوْا لِلرَّحْمَنِ وَلَدًا (91)

kerana mereka mendakwa Allah Yang Maha Pemurah mempunyai anak

وَمَا يَنْبَغِي لِلرَّحْمَنِ أَنْ يَتَّخِذَ وَلَدًا (92)

Dan tidak layak bagi Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil anak.

إِنْ كُلُّ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ إِلاَّ آَتِي الرَّحْمَنِ عَبْدًا (93)

Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba.

لَقَدْ أَحْصَاهُمْ وَعَدَّهُمْ عَدًّا (94)

Sesungguhnya Allah telah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti.

وَكُلُّهُمْ آَتِيهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَرْدًا (95)}

Dan tiap-tiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri
.
صدق الله العظيم
[مريم]

Maha Benar Allah
[مريم]

Maka perhatikanlah kalian akan keghairahan dan kecemburuan langit, bumi serta gunung-ganang terhadap Tuhan mereka ketika mereka mendengar perkataan orang-orang yang sesat tentang Tuhan mereka; bahawasanya Allah itu mengambil anak sedang kita tidak mendengar ucapan mereka.

{ تَكَادُ السَّمَوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ وَتَنْشَقُّ الأَرْضُ وَتَخِرُّ الْجِبَالُ هَدًّا (90)

"Hampir-hampir langit pecah kerana ucapan itu, dan bumi belah, dan gunung-gunung runtuh.."

أَنْ دَعَوْا لِلرَّحْمَنِ وَلَدًا (91)

"..kerana mereka mendakwakan bahawa Allah Yang Maha Pemurah mempunyai anak"

وَمَا يَنْبَغِي لِلرَّحْمَنِ أَنْ يَتَّخِذَ وَلَدًا (92)

"Dan tidak layak bagi Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil anak"

إِنْ كُلُّ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ إِلاَّ آَتِي الرَّحْمَنِ عَبْدًا (93) }

صدق الله العظيم

"Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan

Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba"

Maha Benar Allah yang Maha Agung


Ini kerana kondisi langit, bumi serta gunung-ganang yang taat kepada Allah, sebagai Pencipta mereka. Mereka takut pada Tuhan mereka -Maha Suci Dia- dan mereka khuatir akan menzalimi sesiapa kelak. Sebab itulah mereka menolak kekhilafahan, Allah berfirman:

{ إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا (72) }

صدق الله العظيم
[الأحزاب]

"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim lagi amat bodoh"

Maha Benar Allah.
[الأحزاب-72]

Segala sesuatu bertasbih serta memuji kepada Allah, demikian kita mengetahuinya dalam pemberitaan Kitabullah, bahawasanya segala sesuatu akan terbakar dan membara api kemarahannya, kerana kecemburuan dan keghairahan mereka kepada Tuhan mereka -Maha Suci Dia- andai sahaja Allah bukan yang paling penyayang diantara para penyayang. Dia mencegah mereka (langit, bumi serta gunung-ganang) dari mencelakakan orang-orang yang tersesat itu hingga kini.

Wahai hamba-hamba Allah, sambutlah seruan Imam Mahdi untuk benar-benar berpegang pada Al-Qur'an yang agung, dan sambutlah seruan untuk menolak apa-apa yang bertentangan dengan hukum-hakam Al-Qur'an yang agung, kerana sesungguhnya syaitan-syaitan manusia telah menyesatkan kalian dengan kebanyakan dari hadits-hadits dan riwayat-riwayat yang batil lagi bertentangan dengan muhkam Kitabullah Al-Qur'an yang agung, dan juga bertentangan dengan akal dan logik, lalu bagaimana pula bahawasanya Allah telah mencabar kebatilan beserta pengikut-pengikutnya untuk mengembalikan ruh orang yang telah mati ke dalam jasadnya lalu mayat tadi hidup!

Allah berfirman bahawa seandainya mereka dapat menghidupkan orang mati, maka sesungguhnya Allah telah membuat kebenaran itu menjadi kebatilan, dan kebatilan itu menjadi kebenaran. Allah Ta'ala berfirman:

{ فَلَوْلَا إِذَا بَلَغَتِ الْحُلْقُومَ (83)

Maka mengapa ketika nyawa sampai di kerongkongan,

وَأَنْتُمْ حِينَئِذٍ تَنْظُرُونَ (84)

padahal kalian ketika itu melihat,

وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْكُمْ وَلَكِنْ لَا تُبْصِرُونَ (85)

dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada kalian. Tetapi kalian tidak melihat,

فَلَوْلَا إِنْ كُنْتُمْ غَيْرَ مَدِينِينَ (86)

maka mengapa jika kalian tidak dikuasai?

تَرْجِعُونَهَا إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (87)

Kalian tidak mengembalikan nyawa itu, jika kalian adalah orang-orang yang benar?

فَأَمَّا إِنْ كَانَ مِنَ الْمُقَرَّبِينَ (88)

adapun jika dia termasuk orang-orang yang didekatkan ,

فَرَوْحٌ وَرَيْحَانٌ وَجَنَّةُ نَعِيمٍ (89)

maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta jannah keni'matan.

وَأَمَّا إِنْ كَانَ مِنْ أَصْحَابِ الْيَمِينِ (90)

Dan adapun jika dia termasuk golongan kanan,

فَسَلَامٌ لَكَ مِنْ أَصْحَابِ الْيَمِينِ (91)

maka keselamatanlah bagimu karena kamu dari golongan kanan.

وَأَمَّا إِنْ كَانَ مِنَ الْمُكَذِّبِينَ الضَّالِّينَ (92)

Dan adapun jika dia termasuk golongan yang mendustakan lagi sesat,

فَنُزُلٌ مِنْ حَمِيمٍ (93)

maka dia mendapat hidangan air yang mendidih,

وَتَصْلِيَةُ جَحِيمٍ (94) }

dan dibakar di dalam jahannam".

صدق الله العظيم
Maha Benar Allah
[الواقعة]

Dan kita dapat mengeluarkan hukum dari ayat-ayat ini, pernyataan yang mencabar dan menantang kebatilan beserta penyeru-penyerunya selain Allah, iaitu tantangan agar mengembalikan ruh orang yang telah mati -seorang sahaja- pada jasadnya semula setelah kematiannya. Allah Ta'ala berfirman:

{ فَلَوْلَا إِنْ كُنْتُمْ غَيْرَ مَدِينِينَ (86)

maka mengapa jika kalian tidak dikuasai (tidak tunduk dibawah kekuasaan Allah)?

تَرْجِعُونَهَا إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (87) }

Kalian tidak mengembalikan nyawa itu jika kalian adalah orang-orang yang benar?
صدق الله العظيم
Maha Benar Allah

Akan tetapi sejahat-jahat ulama di atas makhluk-makhluk Allah di bawah kolong langit mempercayai sesuatu yang bertentangan dengan cabaran dan tantangan dari Tuhan mereka dalam muhkam kitabNya, kerana kalian akan mendapati mereka (ulama yang jahat) briktikad bahawasanya Al-Masih Dajjal si pendusta, akan membunuh seorang lelaki dengan memotongnya menjadi dua bahagian, setelah itu dia melalui antara kedua-dua bahagian terpisah tadi kemudian meengembalikan ruhnya menjadi hidup semula lalu dia tidak memberi wewenang kepadanya sekali lagi,
ya Subhaanallah ويا سبحان الله!!!

Padahal syaitan-syaitan jin dan manusia sebenarnya mahu mengingkari tantangan dan cabaran dari Allah, Tuhan sekalian alam iaitu
{ فَلَوْلَا إِنْ كُنْتُمْ غَيْرَ مَدِينِينَ (86) تَرْجِعُونَهَا إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (87) }

Maka mengapa jika kalian tidak dikuasai (tidak tunduk dibawah kekuasaan Allah)?, Kalian tidak mengembalikan nyawa itu, jika kalian adalah orang-orang yang benar?

Mereka beriktikad dengan akidah yang batil, bahawasanya Al-Masih Dajjal si pendusta akan mengembalikan ruh ke jasadnya lalu dia dapat menghidupkan orang yang telah mati! Semoga Allah membinasakan kalian, bagaimana kalian sampai dapat dipalingkan?

Ingatlah dan ketahuilah, demi Allah, aku tidak khuatirkan fitnah Dajjal menimpa kaum muslimin, akan tetapi fitnah yang lebih aku risaukan menimpa mereka adalah fitnah kalian wahai alim-ulama yang sesat lagi menyesatkan kerana dari kalianlah fitnah itu datang, kecuali orang yang dirahmati Tuhanku di antara kalian dari kalangan Ulul Albab, yang menelaah dan meneliti keterangan yang benar bagi Al-Qur'an, lalu kemudian bertaubat dan kembali pada Tuhannya. Mereka itu dari kalangan alim-ulama kaum muslimin. Barangsiapa yang berpegang teguh pada tali Allah Al-Qur'an yang agung, dan menyatakan pengingkaran terhadap iktikad yang bertentangan dan menyalahi muhkam Kitabullah Al-Qur'an yang agung dalam semua kitab, maka sesungguhnya dia benar-benar telah menang dan beruntung, dengan kemenangan dan keberuntungan yang besar,

Kami tidak mengatakan bahawa semua alim-ulama kaum muslimin itu jahat. Bahkan ada yang di antara mereka itu merupakan orang-orang pilihan, iaitu di antara orang-orang yang telah Allah perlihatkan kepada mereka terhadap keterangan yang benar bagi Al-Qur'an yang agung lalu mereka benar-benar menerimanya.

Dan adapun sekalian alim-ulama yang sesat dari kalangan Nasrani, iaitu mereka yang mengajak kaumnya menyembah Al-Masih 'Isa putera Maryam dan juga mengajak menyembah ibunya selain dari menyembah kepada Allah, maka mereka tidak akan menemukan bagi diri mereka seorang penolong maupun pembela selain dari Allah. Kecuali mereka yang bertaubat, kembali ke jalan yang benar dan mengikuti keterangan serta penjelasan yang benar dari kitab yang menguasai dan melampaui seluruh kitab-kitab, iaitu kitab Al-Qur'an yang agung,

Adapun alim-ulama syaitan-syaitan dari kalangan Yahudi, iaitu mereka yang menyeru agar menyembah kepada Thoghut, yakni menyeru kepada selain Allah, maka kebinasaan dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka dari siksaan hari pembalasan.

Wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Planet Siksaan / Hukuman akan datang ke bumi dari arah tepi / hujungnya, untuk mengurangi populasi penduduk bumi dari manusia-manusia pendosa dengan menghujani mereka dengan batuan-batuan api lalu menembak mereka dengan percikan-percikan api seperti tak terpelihara seakan-akan ia adalah iringan unta yang kuning (كأنه جِمَالَتٌ صفر) maka kecelakaan dan kebinasaanlah untuk mereka dengan siksaan hari pembalasan.

Dan tidaklah kami ini menyeru kalian agar mengingkari Allah yang Maha Agung, akan tetapi kami memerintahkan kalian dengan perintah Allah kepada utusan-utusanNya dari kalangan malaikat, jin dan manusia; agar kalian menyembah Allah Yang Maha Esa tanpa menyekutukanNya dengan sesuatu apapun; dan agar kalian berpegang teguh pada tali Allah iaitu Al-Qur'an yang mulia; serta agar kalian mengingkari segala yang bertentangan dengan muhkam Kitabullah Al-Qur'an yang agung, iaitu pada apa-apa yang terdapat pada Taurat, Injil, dan juga pada hadits-hadits nabawi yang menyalahi Al-Qur'an; Jadi, adakah kami memerintahkan kalian dengan sesuatu yang batil?! Mengapakah kalian tidak memikirkan?!

Sekiranya kalian enggan dan menolak, maka kalian datangkan-lah padaku sebuah kitab keterangan dari Allah yang lebih memberi petunjuk dibanding Al-Qur'an yang agung ini kerana aku pasti akan mengikutinya tanpa merubah atau memalsukannya, jika kalian orang-orang yang benar. Kami akan tinggalkan jawaban yang tepat dari Allah, Maha Suci Dia:

{ قُلْ لَئِنِ اجْتَمَعَتِ الْإِنْسُ وَالْجِنُّ عَلَى أَنْ يَأْتُوا بِمِثْلِ هَذَا الْقُرْآَنِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا }
صدق الله العظيم
[الإسراء: 88]

Katakanlah: 'Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Al Qur'an ini, niscaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain'.
Maha Benar Allah.

Maka alangkah berdosanya kalian semua wahai orang-orang yang berpaling dari mengikuti Kitabullah Al-Qur'an yang agung! Sungguh kalian telah kafir terhadap apa yang diwahyukan kepada Muhammad - صلّى الله عليه وآله وسلّم - lalu kalian menyangka bahawa kalian mendapat petunjuk, dan kalian berpegang teguh pada apa-apa yang bertentangan dan menyalahi muhkam Kitabullah Al-Qur'an yang agung lalu kalian menyangka kalian mempunyai sesuatu pegangan; padahal kalian tidak mempunyai suatu pegangan pun kecuali jika kalian menegakkan hukum serta melaksanakan ajaran-ajaran Al-Qur'an,

Maka kecelakaan dan kebinasaan-lah buat kalian dengan kedatangan siksaan hari pembalasan yang akan datang pada zamanku dan zaman kalian, sebelum datangnya siksaan pada hari kiamat, iaitu ia akan datang dalam kehidupan kalian kini lalu Allah akan menyelamatkan sesiapa yang dikehendakiNya serta mengazab sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Dan tidaklah Tuhanmu itu menzalimi sesiapapun.


Aku tidak datang kepada kalian membawa sebuah kitab baru dari Tuhan Sekalian Alam, akan tetapi aku menyeru kalian agar mengikuti apa yang dibawa oleh Nabi Musa di dalam Taurat, dan mengikuti apa yang dibawa oleh Nabi 'Isa di dalam Injil, dan agar kalian mengikuti apa-apa yang dibawa oleh Muhammad Rasulullah -semoga sholawat Allah tetap terlimpahkan ke atas mereka- dan aku ucapkan salam penghormatan kepada mereka; dan aku juga memerintahkan kalian agar mengingkari apa-apa yang terdapat di dalam Taurat dan di dalam Injil, yang bertentangan dengan muhkam Al-Quran yang mendominasi mereka secara mutlak dengan hukum-hakamnya.

Maka dari itu, apa sahaja yang bertentangan dengan muhkamnya, yakni yang menyalahi pernyataan yang tepat dan jelas dari Al-Qur'an, maka ianya merupakan sebuah kebatilan dan rekayasa, akan tetapi yang menghairankan bahawasanya alim-ulama kaum muslimin kecuali yang dirahmati Allah- telah menolak untuk menjadikan Al-Qur'an yang agung sebagai pegangan utama dalam menghukum dan mendominasi hadits-hadits serta riwayat-riwayat yang terdapat dalam karangan-karangan mereka, adakah kerana hadits-hadits serta riwayat-riwayat yang terdapat dalam karangan-karangan mereka itu lebih utama dan lebih benar jika dibanding dengan Kitabullah! Padahal menetapkan hukum itu adalah hak Allah kerana Dia menghukum dengan keadilan dan Dia-lah sebaik-baik pembuat keputusan.

Sungguhpun bahawasanya Imam Mahdi tidak menolak hadits-hadits serta riwayat-riwayat yang benar dalam sunnah-sunnah kenabian, akan tetapi aku menyatakan penolakan terhadap hadits-hadits dalam sunnah yang menyalahi dan bertentangan dengan muhkam Al-Qur'an. Maka saksikan-lah kalian bahawa sesungguhnya aku mengingkari semua yang bertentangan dan menyalahi muhkam Al-Qur'an, yang terdapat dalam semua kitab-kitab yang ada di alam jin maupun berada di alam manusia, kerana sesungguhnya aku adalah seorang pemimpin yang berpegang teguh pada tali Allah Al-Qur'an yang agung, yang tidak takut pada celaan orang-orang yang suka mencela. Dan sekiranya kalian mempunyai rencana tipu-daya terhadapku, maka jalankanlah rencana tipu-daya kalian itu lalu kalian tidak akan diberi tangguh,

Sesungguhnya Tuhanku yang benar-benar memiliki kerasnya siksaan, Dia akan mempertahankan orang yang telah dianugerahiNya ilmu pengetahuan dari Al-Kitab, agar menyampaikan keterangan serta penjelasan yang benar terhadap Al-Qur'an,kepada seluruh manusia dan jin.

وسلام على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..

Salam penghormatan terlimpahkan ke atas para rasul, dan segala pujian hanya layak bagi Allah, Tuhan Penguasa Alam Semesta.



Musuh Syaitan-syaitan Jin dan Manusia,

Imam Mahdi Nasser Muhammad Al-Yamani

ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ

https://albushra-islamia.com/showthrea...gan-Ulul-Albab