المصدر
https://albushra-islamia.com/showthread.php?p=5416
- 1 -
الإمام ناصر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
12 - 05 - 2009 مـ
10:21 مساءً
ــــــــــــــــــــ
فهل ترى في دعوة أخيك الإمام ناصر محمد اليماني باطلاً وزوراً وبهتاناً كبيراً؟
Adakah engkau melihat pada seruan dakwah saudaramu Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani ada kebatilan, kebohongan dan kedustaan yang besar
?
بسم الله الرحمن الرحيم، وسلامٌ على المرسلين والحمدُ لله ربّ العالمين..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, salam ke atas para Rasul dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..
ويا أخا المهدي المنتظر في الدّين من مصر، إني المهدي المنتظر (بتاع الله) عبداً لحبه وقربه ونعيم رضوان نفسه وأدعوك أن تكون (بتاع الله) وليس (بتاع الشيطان الرجيم)، فاستجب للداعي إلى الصراط المستقيم فمن خلال ردّك هذا يدل على أنك لا تضرب لله ركعة وأنك هاجرٌ ربّك ومُقاطعه بعدم إقامة الصلاة وعدم ذكره، ولذلك أراك أعمى البصيرة في ظُلمات بعضها فوق بعض كظُلمات في بحر لُجيٍّ يغشاه موج من فوقه موج من فوقه سحاب، وبعث الله المهدي المنتظر ليخرجك من الظُلمات إلى النّور بنور البيان الحقّ للقرآن فأهديك إلى صراط الرحمن فتُنافس عبيده في حبّه وقربه ونعيم رضوان نفسه في زمن ارتدّ فيه المسلمون عن دينهم الحقّ في القرآن العظيم وتركوا الله لأنبيائه ورُسله ليتنافسوا على ربّهم أيّهم أقرب، وأريدك أن تكون من القوم الذين قال الله عنهم في محكم كتابه: { يَا أيّها الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لائِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ } صدق الله العظيم [المائدة:54]
Wahai saudara seagama Al-Mahdi Al-Muntazhar dari Mesir, sesungguhnya aku adalah Al-Mahdi Al-Muntazhar (yang teguh di jalan Allah), hamba bagi kecintaan-Nya, kedekatan-Nya, dan kenikmatan redha Diri-Nya. Aku menyeru dirimu agar engkau menjadi (yang teguh di jalan Allah), bukan menjadi (teguh di jalan syaitan yang direjam), maka sambutlah seruan penyeru ke Jalan Yang Lurus.
Melalui balasanmu ini, menunjukkan bahawa engkau tidak melaksanakan satu rakaat pun kerana Allah, engkau telah meninggalkan Tuhanmu dan memutuskan perhubungan-Nya dengan meninggalkan sholat dan tidak mengingat-Nya, kerana itu aku melihat engkau buta mata hati berada dalam kegelapan-kegelapan yang bertindih-tindih, seperti gelap-gelita di lautan yang dalam diliputi ombak yang di atasnya ombak (bertindih-tindih) yang di atasnya awan.
Allah telah mengutus Al-Mahdi Al-Muntazhar untuk mengeluarkanmu dari kegelapan-kegelapan menuju cahaya, dengan cahaya dari keterangan yang benar bagi Al-Qur'an, maka aku tuntun dirimu ke Jalan Ar-Rahman, agar engkau bersaing dan berlomba-lomba dengan hamba-hamba-Nya dalam menggapai cinta-Nya, kedekatan-Nya dan nikmat redha Diri-Nya, di zaman kaum muslimin telah murtad dari agama mereka yang hak dalam Al-Qur'an yang agung dan mereka telah meninggalkan Allah untuk para Nabi-Nya dan Rasul-Nya, untuk mereka saling berlomba-lomba terhadap Tuhan mereka siapa di antara mereka yang lebih dekat, aku ingin dirimu menjadi termasuk kaum yang Allah mengatakan tentang mereka pada muhkam Kitab-Nya:
Wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kalian yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mu’min, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas [pemberian-Nya] lagi Maha Mengetahui. (54)
Maha Benar Allah
[Al-Maidah]
فهل ترى في دعوة أخيك الإمام ناصر محمد اليماني باطلاً وزوراً وبهتاناً كبيراً حتى تًكذبني وتغضب مني وتستهزئ بي؟ عفا الله عنك وغفر لك وهداك.
Adakah engkau melihat kebatilan, kedustaan dan kebohongan yang besar dalam seruan dakwah saudaramu Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani, hinggakan engkau mendustakanku, memarahiku dan mengejekku? Semoga Allah memaafkanmu, mengampunimu dan menunjukimu.
وإني المهدي المنتظر أشكر كافة أعضاء إدارة المُنتديات وعلى رأسهم الحسين بن عمر بالصبر عليكم وعدم حظركم عن موقعنا وذلك لأن من المفروض أن يكون موقع المهدي المنتظر يتميز بشيء لا يوجد في كافة مواقع علماء الأمّة في الإنترنت العالمية وهو الصبر على السفهاء والعفو عنهم ومُحاجَّتهم بالحقّ معذرة إلى ربّكم ولعلهم يتقون.
Sesungguhnya aku Al-Mahdi Al-Muntazhar, mengucapkan terima kasih kepada seluruh anggota para admin di forum, terutamanya ketua mereka Hussain bin 'Umar yang bersabar terhadap kalian dan tidak melarang dan menyekat kalian dari website kami.
Demikian ini kerana memang sudah seharusnya website Al-Mahdi Al-Muntazhar mempunyai suatu kelebihan yang tidak ada pada website-website para ulama umat di jaringan antarabangsa internet, ianya adalah kesabaran menghadapi orang-orang bodoh, memaafkan mereka dan berhujjah bersama mereka dengan kebenaran, agar kami mempunyai alasan (melepaskan diri dari bersalah) kepada Tuhan kalian dan supaya mereka bertakwa.
ويا معشر الأنصار السابقين الأخيار إنما المهدي المنتظر يدعو إلى حُبّ الله فأعلمكم كيف يحبّكم الله؛ وهو أن تكظموا غيظكم في صدوركم من أجل الله فتعفون عن النّاس من أجل الله إلا وإن من أعظم النفقات في الكتاب هي صدقة العفو عن النّاس. تصديقاً لقول الله تعالى:
{ وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ } صدق الله العظيم [البقرة:219]
Wahai sekalian Anshar Pendahulu Terbaik, sesungguhnya Al-Mahdi Al-Muntazhar hanya menyeru untuk menuju kecintaan Allah, maka aku ajarkan kalian bagaimana Allah akan mencintai kalian; ianya adalah kalian menahan kemarahan kalian dan meredamnya dalam dada-dada kalian semata-mata kerana Allah, lalu kemudian memaafkan (kesalahan dan kekeliruan) manusia semata-mata kerana Allah, dan ketahuilah bahawasanya sebesar-besar nafkah dalam Al-Qur'an adalah pemberian maaf untuk manusia. Benarlah firman Allah Ta'ala:
Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Kemaafan"
Maha Benar Allah
[Al-Baqarah: 219]
وذلك لأنه سأل سائلٌ محمداً رسول الله صلّى الله عليه وآله وسلّم: ما هي أحب النفقات إلى نفس الله؟ فأتاه الجواب من الله في محكم كتابه القرآن العظيم:
{ وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الآيات لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ } صدق الله العظيم
Demikian ini kerana ada yang bertanya kepada Muhammad Rasulullah SAW: Apakah nafkah (pemberian) yang paling disukai Dzat Allah? Maka datanglah jawaban dari Allah dalam muhkam Kitab-Nya Al-Qur'an yang agung:
Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Kemaafan". Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kalian supaya kalian berpikir)
Maha Benar Allah
وذلك لأنهم سألوا عن أحب النفقات إلى نفس الله فأفتاهم الله بالحقّ وذلك لمن يريد أن يفوز بمحبة الله، تصديقاً لقول الله تعالى:
{ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النّاس وَاللّهُ يحبّ الْمُحْسِنِين } صدق الله العظيم [آل عمران:134]
Demikian ini kerana mereka bertanya tentang nafkah yang paling dicintai oleh Dzat Allah, maka Allah mendatangkan (jawaban) untuk mereka dengan kebenaran, dan yang demikian ini adalah bagi mereka yang mahu mendapatkan kecintaan Allah, benarlah firman Allah Ta'ala:
dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan [kesalahan] manusia. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (134)
Maha Benar Allah
[Ali 'Imron]
فاعفوا عن النّاس واكظموا غيظكم يا معشر المُستجيبين إلى سبيل حُبّ الله الذي يدعوكم إليه المهدي المنتظر حتى تكونوا من القوم الذين قال الله عنهم في محكم كتابه: { يَا أيّها الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لائِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ } صدق الله العظيم
Maka hendaklah kalian memaafkan manusia dan menahan amarah kalian wahai sekalian orang-orang yang mendengar seruan ke Jalan Cinta Allah, jalan yang diserukan kepada kalian oleh Al-Mahdi Al-Muntazhar agar kalian menjadi kalangan kaum yang Allah beritakan mengenai mereka dalam muhkam Kitab-Nya:
Wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kalian yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mu’min, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas [pemberian-Nya] lagi Maha Mengetahui.
Maha Benar Allah
أفلا أدلكم على صدقة هي من أكبر الصدقات في الكتاب غير أنه يملكها غنيكم وفقيركم ومسكينكم ألا وإنها صدقة العفو، فإذا آوى إلى فراشه فأراد أن يتذكّر ما قدم لغدٍ عند ربّه فتذكر ما أنفق هذا اليوم قربةً إلى ربّه، فإذا لا يملك فيقول: يا رب إني لا أملك إلا أن أعفو عمن قد أساء إليّ أو آذاني في هذه الحياة، اللهم إني أشهدك إني قد عفوت عن عبادك لأجلك، اللهم فأنت أكرم من عبدك، اللهم فاهدهم من أجل عبدك ووعدك الحقّ وأنت أرحم الراحمين.
Bukankah aku telah memberitahukan kepada kalian mengenai suatu pemberian, yang termasuk di antara pemberian terbesar dalam Al-Qur'an, biarpun ianya dapat dimiliki oleh semua orang, si kaya, si fakir maupun si miskin, ingatlah bahawa ianya adalah pemberian maaf.
Jadi, ketika dia berbaring di tempat tidurnya, mengingat dan memikirkan apa yang telah diusahakannya untuk menghadapi hari mendatang di sisi Tuhannya, dan mengingat apa yang telah dia nafkahkan (berikan) pada hari ini untuk menggapai kedekatan dengan Tuhannya, maka tatkala dia tiada memilikinya, dia mengadukan:
Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku tidak memiliki, kecuali aku telah memaafkan semua orang yang telah berbuat jahat kepadaku, atau menyakitiku dalam kehidupan ini.
Ya Allah, sesungguhnya aku bersaksi pada-Mu, bahawasanya aku telah memaafkan hamba-hamba-Mu semata-mata kerana-Mu, Ya Allah, Engkau-lah Yang Paling Mulia dari hamba-Mu,
Ya Allah, tunjuki mereka kerana hamba-Mu dan janji-Mu adalah benar sedang Engkau-lah Yang Paling Pengasih dari sekalian yang mengasihani.
ثم يردّ الله عليه ردّاً يسمعهُ حملة عرشه ومن حوله وهو يقول: "هيهات هيهات.. فلست أكرم من ربّك، ويا ملائكتي إني أشهدكم ونفسي أني قد عفوت عن عبدي فلان وغفرت له وأحببته وقربته فما ينبغي له أن يكون أكرم من ربّه, أولئك هم أتباع المهدي المنتظر أحباب الله ربّ العالمين صلّى الله عليهم وملائكته ومحمد رسول الله والمهدي المنتظر ونُسلّمُ تسليماً، قد أخرجهم الله من الظُلمات إلى النّور وشرح الله صدورهم بنور رضوانه، أولئك هم صفوة البشريّة وخير البريّة الكاظمين الغيظ والعافين عن النّاس والله يحبّ المُحسنين، إن كنتم تحبون الله فاتبعوا ما يحبّه الله ويرضاه كما علمكم به في محكم كتابه القرآن العظيم يحببكم الله وتفوزون فوزاً عظيماً ويهديكم بالقرآن صراطاً مستقيماً ويكرمكم الله تكريماً فيورثكم من لدنهُ مُلكاً عظيماً في الدنيا والآخرة ويغفر لكم ما تقدم من ذنوبكم وما تأخر وكان الله غفوراً رحيماً، وسلامٌ على المرسلين والحمدُ لله ربّ العالمين..
Lalu kemudian Allah membalas hamba-Nya dengan jawaban yang didengari oleh malaikat pemikul Arsy dan malaikat yang berada disekitarnya, Dia berfirman: “Jauh, jauh sekali.. Engkau tidak lebih mulia dari Tuhanmu, wahai para malaikat-Ku, Aku bersaksi kepada kalian dan Dzat-Ku, sesungguhnya Aku telah memaafkan hamba-Ku si fulan, Aku telah mengampuninya, Aku mencintainya dan mendekatkannya (padaKu), tidaklah layak baginya untuk menjadi lebih mulia dari Tuhannya".
Mereka itulah pengikut-pengikut Al-Mahdi Al-Muntazhar, para kekasih Allah Tuhan Semesta Alam, semoga Allah bersholawat ke atas mereka, begitu juga para malaikat-Nya, Muhammad Rasulullah dan Al-Mahdi Al-Muntazhar (bersholawat ke atas mereka), kami sampaikan salam penghormatan yang sempurna untuk mereka.
Sesungguhnya Allah telah mengeluarkan mereka dari kegelapan-kegelapan menuju cahaya, dan Allah telah melapangkan dada-dada mereka dengan cahaya keredhaan-Nya, mereka itu adalah manusia pilihan yang merupakan sebaik-baik manusia, yang menahan amarah dan memaafkan manusia, dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan.
Jika kalian benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah semua yang Allah cintai dan yang Allah redhai, sebagaimana yang telah Dia ajarkan kepada kalian mengenainya dalam muhkam Kitab-Nya Al-Qur'an yang agung, (jika kalian mengikuti apa yang Allah cinta dan redha) maka pastilah Allah akan mencintai kalian dan kalian akan mendapatkan kejayaan dengan kemenangan yang agung.
Allah akan menunjuki kalian Jalan Yang Lurus dengan Al-Qur'an, memuliakan kalian dengan sebenar-benar kemuliaan, mewariskan kepada kalian kerajaan yang besar dari sisi-Nya di dunia dan di akhirat, dan mengampuni dosa-dosa kalian yang telah lalu mahupun yang akan datang, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, salam sejahtera ke atas para Rasul dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..
أخوكم خليفة الله عليكم الذليل على المؤمنين الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.
Saudara kalian, Khalifah Allah untuk kalian, yang rendah hati terhadap
orang-orang beriman, Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani.
ـــــــــــــــــــــ
sumber:
https://albushra-islamia.com/showthread.php?p=5416