[ لمتابعة رابط المشاركـــــــــة الأصلية للبيـــــــــــان ]
lihat postingan asal keterangan
الإمام ناصِر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
07 - 09 - 1437 هـ
12 - 06 - 2016 مـ
01:21 مساءً
ــــــــــــــــــــ
عاجل من الإمام المهديّ المنتظَر إلى كافة الأنصار في مختلف الأقطار
فاتّبعوا حكمة المهديّ المنتظَر في هدي البشر فكذلك كنتم من قبل فهداكم، فلا يغرّكم التكريم أنكم أحباب ربّ العالمين فتفخرون ..
Penting dari Imam Mahdi kepada seluruh anshar di pelbagai negara, ikutilah hikmah kebijaksanaan Imam Mahdi dalam memberikan petunjuk kepada manusia, kerana demikian juga kalian sebelum ini, lalu kemudian Imam memberikan petunjuk kepada kalian, janganlah kalian terpedaya dengan kemuliaan, bahawa kalian ini para kekasih Tuhan Semesta Alam, hinggakan kalian membanggakan diri..
بِسْم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على كافة الأنبياء والمرسلين وأوليائهم من آلهم الطيبين وجميع المؤمنين في الأولين وفي الآخرين وفي الملأ الأعلى إلى يوم الدين، أمّا بعد..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sholawat dan salam ke atas seluruh nabi dan rasul beserta penolong-penolong mereka dari kalangan keluarga mereka yang baik, dan seluruh orang beriman di kalangan orang-orang terdahulu dan terkemudian, juga di alam malakut tertinggi hingga Hari Pembalasan, adapun sesudahnya..
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته أحبتي أنصار المهديّ المنتظَر في اليمن وفي مختلف الأقطار العربيّة والإسلاميّة والأجنبيّة، نأمركم بالأمر أن تكتفوا بالدعوة العالميّة عبر الإنترنت العالميّة في خضمِّ حروب الأحزاب وفتنة الإرهاب في مختلف الدول، وأعرضوا عن دعوة الجاهلين جهرةً إلى حين، ولا تنشروا البيانات في الشارع العام في دولكم ولا في المرافق الحكوميّة ولا حتى في المساجد في خضمِّ حروب الأحزاب وآفة الإرهاب والوضع الأمني العالميّ في البلاد.
Salam sejahtera ke atas kalian beserta rahmat Allah dan keberkahan-Nya, wahai kekasihku para anshar Imam Mahdi di Yaman dan di pelbagai negara arab, negara Islam dan negara asing, kami perintahkan kalian agar mencukupkan diri dengan seruan dakwah antarabangsa melalui internet global di tengah-tengah peperangan partai-partai dan fitnah keganasan teroris di pelbagai negara.
Berpalinglah kalian dari menyeru orang-orang yang tidak mengetahui secara terang-terangan buat sementara waktu, janganlah menyebarkan keterangan-keterangan di jalanan umum di negara kalian, tidak juga di fasilitas kerajaan meskipun pada masjid-masjid di tengah-tengah peperangan partai-partai dan wabak keganasan teroris, dan pada situasi keamanan yang menyeluruh di negara-negara.
وقد استغل أعداء الإسلام من شياطين البشر من الذين يريدون أن يطفئوا نور الله فاستغلوا فتنة حروب الأحزاب المذهبيّة وما يفعله المسلمون ببعضهم بعضاً فقالوا للذين لا يعلمون من كفّار البشر: "ألا ترون ما يفعله المسلمون ببعضهم بعضاً؟ فهل ترون الإسلام دين الرحمة للعالمين؟ ألا ترونهم يقتلون بعضهم بعضاً، ويقطّعون رقاب بعضهم بعضاً، ويتفننون في قتل بعضهم بعضاً، ويحرقون بعضهم بعضاً، ويقتلون أسرى بعضهم بعضاً، ويدمّرون مساجد بعضهم بعضاً فتسيل سجادات المساجد بدماء بعضهم بعضاً برغم أنهم مسلمون يشهدون جميعاً أن لا إله الا الله وأنّ محمداً رسول الله ورغم ذلك ترون ما يفعلون ببعضهم بعضاً! فما بالكم لو يتمكّنوا في الأرض فماذا سوف يفعلون بالكافرين بدينهم من البشر؟".
Musuh-musuh Islam dari syaitan-syaitan manusia yang mahu memadamkan cahaya Allah, mereka telah memulakan fitnah peperangan partai-partai dan golongan-golongan mazhab, merekalah yang mengoperasikan apa yang dilakukan oleh orang-orang Islam antara satu sama lain.
Maka musuh-musuh itu mengatakan kepada orang-orang yang tidak mengetahui dari kalangan manusia kafir:
"Tidakkah kalian lihat apa yang dilakukan oleh orang Islam sesama mereka? Adakah kalian lihat Islam itu agama rahmat untuk semua? Tidakkah kalian lihat mereka saling berbunuhan antara satu sama lain, pancung-memancung leher sesama mereka"
"Mereka ahli dalam bunuh membunuh sesama mereka, bakar membakar antara satu sama lain, saling membunuh tawanan masing-masing, mereka saling memusnahkan masjid-masjid antara satu sama lain hinggakan sejadah-sejadah masjid dibasahi dengan darah sesama mereka"
"Sungguhpun mereka adalah orang-orang Islam yang semuanya bersaksi "Tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah, dan Muhammad adalah utusan Allah, meskipun demikian, kalian lihat apa yang mereka lakukan antara satu sama lain
!"
"Bagaimana menurut kalian sekiranya mereka mendapat kedudukan di muka bumi, apa yang kelak mereka akan lakukan terhadap orang-orang yang kafir pada agama mereka dari kalangan manusia
?"
فهنا أقنعوا الباحثين بعدم الدخول في الإسلام وحدّوا من المزيد من دخول البشر في الإسلام؛ بل أقنعوهم أنّ هذا دينُ إرهابٍ بشكلٍ عام ويجب تكاتف دول البشر الكفار مع الدول الكبرى روسيا وأمريكا للقضاء على الإسلام والمسلمين الحقّ الذين لا يسفكون دماء مسلمٍ ولا كافرٍ بحجّة كفره، حتى صار المسلمون في الغرب والشرق ضعفاء يخافون أن يتخطفهم الناس بحجّة الإرهاب كذباً وافتراءً، وهم من صنعوا الإرهاب ويدعمون الإرهاب من وراء الستار.
Maka di sini para penyelidik dan pemerhati merasa lega tidak masuk Islam, lalu mereka mencegah dari terjadinya pertambahan orang-orang masuk Islam; bahkan musuh-musuh Islam membuatkan mereka puas beranggapan bahawa ini agama teroris secara umum.
Dan wajib pula bagi setiap negara kafir bersatu dengan negara besar seperti Rusia dan Amerika untuk menekan dan menghancurkan Islam beserta umatnya yang benar, yaitu orang-orang yang tidak menumpahkan darah muslim atau non-muslim dengan alasan kekafirannya.
Hinggakan umat Islam di barat dan di timur menjadi lemah, mereka khuatir orang-orang akan menculik mereka dengan alasan mengada-ada dan dusta, bahawa umat Islam itu teroris, padahal musuh-musuh Islam itulah yang melakukan terorisme dan menyokongnya dari belakang tabir.
ومن قادات الإرهاب والأحزاب في المسلمين في العالمين حاخامات من شياطين البشر ممن يظهرون الإسلام ويبطنون الكفر، فيأتي بعض المسلمين من العاميين من الغرب والعرب على نيّاتهم يريدون الجهاد في سبيل الله فيتّبعونهم على نيّاتهم! وطبّقوا فتاويهم بأنّه يحقّ للمسلم قتل المسلم الذي لم يتبع نهج حزبهم المذهبيّ فيعتبرونه مرتداً عن دين الإسلام يجب قتله.
Ada di kalangan pemimpin dan ketua teroris, serta partai-partai dalam umat Islam di dunia, mereka adalah pendeta-pendeta Yahudi dari syaitan-syaitan manusia, yang menampakkan keislaman dan menyembunyikan kekafiran, kemudian beberapa umat Islam di dunia datang bersekongkol dengan mereka, orang-orang yang mahu berjihad di jalan Allah dari barat dan arab, lalu berkomplot dengan musuh-musuh Islam
!
Mereka menyebarkan dan menjalankan fatwa-fatwa mereka, bahawa seorang muslim berhak untuk membunuh muslim lain yang tidak mengikuti cara kelompok mazhab mereka, siapa yang mereka anggap murtad dari agama Islam wajib dibunuh.
وَيَا سبحان الله كم على الله يفترون! فإذا حذّركم الله الواحد القهّار من قتل الكافر الذي لم يحاربكم في دينكم فكيف يحلّ للمسلم قتل المسلم بحجّة اختلافاتٍ فقهيّةٍ في دين الإسلام؟ ألا لعنة الله على علماء الأحزاب. وأخصّ منهم الذين أحلّوا أنّ للمسلم الحقّ أن يقتل أخاه المسلم بحجّة اختلافهم في الدين؛ بحجّة أنّه مارقٌ من الدين. وهم كاذبون؛ بل اتّخذوا الدين وسيلة للوصول إلى سلطان الحكم في الدول العربيّة والإسلاميّة.
Ya Subhaanallah! Aduhai Maha Suci Allah! Betapa mereka itu mengada-adakan pendustaan terhadap Allah
!
Tatkala Allah yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan telah memberikan amaran kepada kalian, agar tidak membunuh orang-orang kafir yang tidak memerangi kalian dalam agama, lalu bagaimana pula seorang muslim diperbolehkan untuk membunuh muslim lain dengan alasan berbeza-beza fahaman dalam agama Islam
?
Ingatlah bahawa laknat Allah ke atas ulama partai dan golongan-golongan.
Khususnya antara mereka yang menghalalkan bahawa seorang muslim berhak untuk membunuh saudara muslimnya dengan alasan perbezaan mereka dalam Islam; dengan alasan murtad dari agama.
Padahal mereka berdusta; bahkan mereka menjadikan agama sebagai alat untuk mendapatkan kekuasaan pemerintahan di negara-negara arab dan Islam.
ولذلك نأمر الأنصار بالأمر بعدم النشر للبيان الحقّ للذكر كتاب الله القرآن العظيم في الشارع العام كون الأحزاب والإرهاب في الدول العربيّة والإسلاميّة والأجنبيّة يحسبون كلّ صيحةٍ عليهم حركةً مضادةً لهم! ونحن نريد هداهم والرحمة لهم من ربهم لحقن دمائهم ورفع ظلم الإنسان عن أخيه الإنسان، ولا نُكره الناس على الإيمان فمن شاء فليؤمن ومن شاء فليكفر. وأقسم بالله الواحد القهّار لو يجاهد الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني من بعد التمكين للمهديّ المنتظَر ناصر محمد اليماني في الأرض فمن ثم وجدت أقواماً يعبدون البقر وآخرين يعبدون الحجر وآخرين يعبدون الشمس والقمر فلن يأمر الله خليفته في الأرض المهديّ المنتظَر أن يجبرهم على عبادة الله الواحد القهار؛ بل أقيم عليهم الحجّة بمحكم الذكر فادعوهم إلى عبادة الله الواحد القهّار ومن شاء فليؤمن ومن شاء فليكفر. فلا يحقّ للمهديّ المنتظَر ناصر محمد اليماني أن يجبر أحداً من البشر على عبادة الله الواحد القهّار؛ بل أقول لهم الحقّ من ربهم معذرةً إلى ربهم فأقيم عليهم الحجّة من ربهم، فمن شاء فليؤمن ومن شاء فليكفر فلا إكراه في الدين؛ بل هو رحمةٌ للعالمين.
Kerana itu kami perintahkan para anshar supaya tidak menyebarkan keterangan yang benar bagi Al-Qur'an di jalan-jalan umum, kerana partai-partai dan golongan teroris di negara-negara arab, negara Islam dan negara asing, mereka mengira bahawa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka, gerakan untuk menentang mereka
!
Padahal kita ingin menunjuki mereka dan mahukan rahmat buat mereka dari Tuhan mereka, untuk mencegah terjadinya pertumpahan darah, melenyapkan kezaliman manusia sesama manusia, kita tidak memaksa orang-orang untuk beriman, barangsiapa yang mahu percaya silakan, dan siapa yang tidak percaya biarkan.
Aku bersumpah demi Allah yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan, seandainya Imam Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani berjihad setelah mendapatkan kedudukan dan keteguhan di bumi, lalu kemudian aku dapati ada kaum-kaum yang menyembah kuburan, ada yang lain menyembah batu, ada yang lain pula menyembah matahari dan bulan, maka Allah tidak akan memerintah Imam Mahdi khalifah-Nya di bumi untuk memaksa mereka menyembah Allah yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan;
Bahkan aku tegakkan hujjah ke atas mereka dengan muhkam Al-Qur'an untuk menyeru mereka agar menyembah Allah yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan, barangsiapa yang mahu beriman silakan, dan yang mahu kafir biarlah dia kafir.
Tiadalah berhak bagi Imam Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani untuk memaksa sesiapapun dari kalangan manusia supaya menyembah Allah yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan; namun aku katakan kebenaran kepada mereka dari Tuhan mereka, agar aku punya alasan kepada Tuhan mereka, dengan menegakkan hujjah ke atas mereka dari Tuhan mereka.
Barangsiapa yang mahu beriman, silakan, dan barangsiapa yang mahu kafir, biarlah dia kafir kerana tiada paksaan untuk masuk Islam; bahkan Islam adalah rahmat untuk seluruh dunia.
وبرغم كفرهم أُمرت أن أعدل بين المسلمين والكافرين في الحقوق في بيت المال العام كون حقوق المسلمين والكافرين سواء في بيت المال العالميّ وفروعه سواء في المشاريع الخدميّة، أو حقوق الفقراء من المسلمين أو الكفار فهم سواسية في الحقوق من غير تمايزٍ عنصريٍّ ولا طائفيٍّ، كوني أُمرت أن أعدل بينكم فلنا أعمالنا ولكم أعمالكم لا حجّة بيننا وبينكم على إجباركم في الدين؛ بل الحكم لله يحكم بيننا وبينكم أيّنا على الصراط السويّ على الهدى وأيّنا غوى وهوى فأضلّتهم السبلُ عن الصراط المستقيم بسبب الاتّباع الأعمى دون أن يستخدموا عقولهم، بل مقتدين على ما وجدوا عليه آباءهم فهم على آثارهم مقتدون، وأمرَهم أسلافهم أن لا يستخدموا عقولهم على ما وجدوا عليه أسلافهم الأعلم والأحكم منهم، فأولئك كالأنعام بل هم أضلّ سبيلاً! بل أشرّ الدواب عند الله في الكتاب الصمّ البكم الذين لا يعقلون. فلا تستفزّوهم وأعرضوا عنهم حتى لا تكونوا سبب فتنتهم فتأخذهم العزّة بالإثم من بعد ما تبيّن لهم الحقّ من ربهم، فحسبهم جهنم. وأولئك قومٌ مجرمون أشدّ كفراً عند الله من الكفار بالذّكر كونهم كمثل طوائف اليهود من قبلهم قالوا: "سمعنا وعصينا"؛ بمعنى أنهم مؤمنون بما تنزّل إليهم من ربهم ولن يتبعوه، فيا للعجب! فإن كنت لا تعلم فتلك مصيبةٌ، وإن كنت تعلم الحقّ ولا تتبع الحقّ فالمصيبة أعظم.
Betapapun kekafiran mereka, aku diperintahkan untuk berlaku adil antara orang muslim dan non-muslim pada hak-hak mereka dalam Baitulmal Umum, kerana hak-hak muslim dan non-muslim sama dalam Baitulmal Antarabangsa, dan cawangan-cawangannya juga sama dalam projek-projek perkhidmatan, hak-hak golongan fakir dari kalangan muslim atau non-muslim adalah sama tanpa membezakan rasi bangsa dan kelompok.
Ini kerana aku telah diperintahkan untuk berbuat adil antara kalian, maka bagi kami amal perbuatan kami dan bagi kalian amal perbuatan kalian, tidak ada pertengkaran antara kami dan kalian untuk memaksa kalian masuk Islam; bahkan keputusannya milik Allah, Dia-lah yang memutuskan antara kami dan kalian, siapa antara kita yang berada di jalan yang lurus mengikuti petunjuk, dan siapa pula antara kita yang salah dan mengikuti hawa nafsu.
Yaitu jalan-jalan kejahatan yang telah menyesatkan mereka dari jalan yang lurus, disebabkan ikutan mereka secara membuta tuli tanpa menggunakan akal fikiran mereka, bahkan mereka mengikuti perkara yang mereka dapatkan dari datuk moyang mereka dan mereka hanya mengikuti jejak-jejak datuk moyang mereka.
Kemudian para salaf mereka pula telah perintahkan kepada mereka agar tidak menggunakan akal fikiran mereka pada perkara yang mereka terima dari para salaf itu, yang lebih mengetahui dari mereka dan lebih bijaksana dari mereka dalam membuat keputusan, mereka itu seperti haiwan ternak bahkan mereka lebih sesat lagi
!
Padahal seburuk-buruk binatang di sisi Allah dalam Al-Qur'an adalah mereka yang pekak, tuli dan yang tidak mengerti apa-apapun, maka janganlah kalian menggusarkan mereka dan berpalinglah kalian dari mereka agar kalian tidak menjadi sebab bagi fitnah mereka, menyebabkan bangkit kesombongan dalam diri mereka hingga mereka berbuat dosa, setelah jelas bagi mereka akan kebenaran yang datang dari Tuhan mereka, cukuplah bagi mereka neraka Jahannam.
Mereka itu adalah kaum pendosa yang lebih dahsyat lagi kekafiran mereka di sisi Allah dari orang-orang yang mengingkari Al-Qur'an, kerana mereka seperti kelompok-kelompok Yahudi sebelum mereka yang mengatakan: "Kami mendengar, tetapi kami tidak mahu mengikutinya"; bermakna mereka adalah orang yang beriman dengan wahyu yang Allah turunkan kepada mereka akan tetapi mereka tidak akan mengikutinya, betapa mengherankan perkara mereka itu
!
Sekiranya engkau memang tidak tahu maka itu adalah musibah, namun sekiranya engkau memang tahu kebenaran itu akan tetapi engkau tidak mengikutinya, maka musibahnya lebih besar lagi.
وأما بالنسبة للإمام المهديّ ناصر محمد اليماني وأنصار الدعوة العالميّة نسعى لتحقيق السلام بين المسلمين بسلطان العلم الملجم لنفي تعدد الأحزاب المذهبيّة في دين الله، وكذلك نسعى لتحقيق السلام العالميّ بين شعوب البشر والتعايش السلميّ بين المسلم والكافر، ونحن دعاةٌ لتعريف الإسلام للناس كافةً الذي أرسله الله رحمةً للعالمين حتى يعلموا أنّه حقاً دين الرحمة والسلم والسلام لشعوب البشر.
Adapun mengenai Imam Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani dan para anshar seruan dakwah antarabangsa, kami berjuang untuk merealisasikan kedamaian antara umat Islam dengan hujjah bukti yang membungkam lisan, untuk menafikan berbilang-bilang partai dan mazhab dalam agama Allah.
Demikian juga kami berjuang untuk merealisasikan kedamaian dunia antara bangsa-bangsa manusia, untuk hidup dalam kedamaian antara muslim dan non-muslim, kami adalah para penyeru untuk mempresentasikan Islam kepada manusia semua, agama yang diutus oleh Allah sebagai rahmat buat seluruh dunia, supaya manusia semuanya tahu bahawa Islam benar-benar agama rahmat, agama kedamaian dan kesejahteraan untuk bangsa-bangsa manusia.
فلكم نصحت الأنصار أن لا يعرّضوا أنفسهم للخطر بدعوة الأحزاب بالجهر حتى لا يحدث التشاكس والاتجاه المعاكس، فإن أردتم حسم الأمر وعدم المقاطعة وإقامة الحجّة بسلطان العلم الملجم من غير تشويشٍ ولا تشنجٍ وعصبيةٍ فلتكتفوا بالدعوة العالميّة لتحقيق السِّلم والسلام العالميّ عبر الوسيلة العالميّة حصريّاً بكلّ حيلةٍ ووسيلةٍ سواء بالتبليغ عبر المواقع الإسلاميّة أو الصفحات الاجتماعية أو الواتساب أو مواقع مفتيي الديار الإسلاميّة أو مواقع وصفحات الملوك والرؤساء وقادات الأحزاب المتشاكسين على السلطة باسم الدين وهو منهم براء.
Betapa seringnya aku telah nasihatkan para anshar agar tidak mendedahkan diri mereka kepada bahaya, dengan menyeru partai-parti dan golongan-golongan secara terang-terangan, supaya tidak terjadi pertengkaran dan bertentangan arah dalam perdebatan.
Sekiranya kalian mahu menyelesaikan perkara ini, tidak ada gangguan untuk menegakkan hujjah dengan bukti ilmu pengetahuan yang membungkam tanpa ada campurtangan, kekangan dan kegugupan, maka cukupkan diri kalian dengan seruan dakwah global untuk merealisasikan kedamaian dan kesejahteraan sejagat melalui media komunikasi antarabangsa sahaja.
Yakni dengan menggunakan berbagai sarana dan cara sama ada untuk menyampaikan keterangan melalui website-website Islam, atau laman-laman sosial, atau Whatsapp, atau website para mufti di negara-negara Islam, atau di website raja-raja, pemimpin-pemimpin partai dan golongan-golongan yang saling berlawan untuk mendapatkan kekuasaan dengan mengatasnamakan agama, padahal agama itu bersih dan bebas dari mereka.
فصبرٌ جميلٌ، وأعرضوا عنهم حتى حين فسيكفيكهم الله بهداهم بآيةٍ من عنده تبرق من هولها الأبصار وتبلغ القلوب الحناجر لئن أعلن الله الواحد القهّار عليهم حرب العذاب جواً وبراً وبحراً، فأين المفرّ يا معشر المعرضين عن داعي الله وعبده المهديّ المنتظَر ناصر محمد اليماني لكافة الأحزاب إلى الاحتكام إلى الكتاب القرآن العظيم بعد أن طغوا في البلاد فأكثروا فيها الفساد، فإن أعرضوا فسوف يذرهم المهديّ المنتظَر لله الواحد القهّار ليحكم بيني وبينهم، فلله الأمر من قبل ومن بعد فليس لي من الأمر شيئاً.
Maka kesabaran yang baik pilihan kita, berpalinglah kalian dari mereka buat sementara waktu, maka Allah akan memelihara kalian dari mereka dengan memberikan petunjuk kepada mereka, dengan pertanda dari sisi-Nya yang membuatkan mata-mata terbelalak ketakutan, yang menyesakkan hati naik hingga ke tenggorokan, jika sungguh Allah yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan mengumumkan perang terhadap mereka di angkasa, di daratan dan di lautan.
Maka ke manakah tempat kalian melarikan diri wahai sekalian orang-orang yang berpaling dari penyeru Allah, hamba-Nya Imam Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani, yang menyeru semua partai dan golongan untuk kembali berhukum dengan Al-Qur'an, setelah mereka melampaui batas berbuat sewenang-wenangnya di negara-negara dan berbuat kerosakan di dalamnya.
Sekiranya mereka berpaling, maka kelak Imam Mahdi akan membiarkan mereka untuk Allah yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan, Allah-lah yang akan memutuskan antara aku dan mereka, bagi Allah-lah segala urusan pada sebelum dan sesudahnya, dan aku sedikitpun tidak campurtangan dalam urusan itu.
ويا معشر الأنصار السابقين الأخيار، فلتتذكّروا أنكم كُنتُم على ضلالٍ مبينٍ من قبل بعث المهديّ المنتظَر ناصر محمد اليماني، فكما استخدمتم عقولكم وتدبّرتم وتفكّرتم في دعوة الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني حتى أبصرتم أنه الحقّ فكذلك تستخدمون عقولكم بالدعوة إلى الله بالحكمة والموعظة الحسنة في دعوتكم فيتزايد الأنصار إلى دعوة الهدى يوماً بعد يومٍ، كون الإمام نون سوف يعلّمهم الحقيقة بالعلم بالقلم الصامت بكل هدوءٍ من غير تشاكسٍ ولا اتّجاهٍ معاكسٍ ومن غير مقاطعةٍ ولا استفزازٍ حتى لا تأخذهم العزّة بالإثم ثم لا يتّبعوا سلطان العلم الملجم، فحتى ولو تبيّن لهم أنّه الحقّ من ربهم سوف تأخذهم العزّة بالإثم في المجادلات الجهريّة وجهاً لوجه إلا من تثقون بهم في رجاحة عقولهم من أقاربكم أو أصدقائكم؛ بل اتّبعوا حكمة الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني في دعوته العالميّة عبر الإنترنت العالميّة بالقلم الصامت، وقولوا: "ربنا لا تجعلنا فتنة للقوم الظالمين".
Wahai sekalian anshar pendahulu yang baik, ingatlah kalian bahawa kalian juga berada dalam kesesatan nyata sebelum perutusan Imam Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani, sebagaimana kalian telah menggunakan akal fikiran kalian dengan merenungkan dan memikirkan mengenai seruan dakwah Imam Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani sehinggalah kalian sadar dan tahu ianya benar.
Maka demikian jugalah kalian pergunakan akal fikiran kalian untuk berdakwah menuju Allah, dengan hikmah dan nasihat yang baik dalam seruan dakwah kalian, membuatkan para anshar yang menyeru kepada petunjuk semakin bertambah dari hari ke hari, kerana kelak Imam "Nuun" akan mengajarkan kepada mereka hakikat kebenaran dengan ilmu pengetahuan, dengan pena yang senyap penuh ketenangan tanpa pertengkaran dan bertentangan arah dalam pembicaraan, tanpa ada gangguan dan kejengkelan, supaya tidak bangkit kesombongan dalam diri mereka hingga mereka berbuat dosa, lalu mereka tidak mengikuti hujjah bukti dari ilmu pengetahuan yang membungkam lawan.
Bahkan meskipun sekiranya telah jelas bagi mereka bahawa ianya benar dari Tuhan mereka, kelak akan bangkit kesombongan dalam diri mereka hingga berbuat dosa dalam perbalahan dan perbantahan yang terang-terangan secara berhadapan, kecuali orang-orang yang kalian yakin dan percaya dengan mereka pada kebijaksanaan akal fikiran mereka, dari kalangan saudara mara kalian dan teman-teman kalian;
Bahkan ikutilah hikmah Imam Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani dalam seruan dakwahnya yang global dengan pena yang senyap, ucapkanlah oleh kalian: "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami ini sasaran fitnah bagi kaum yang zalim".
فلا تنسوا يا معشر قومٍ يحبّهم الله ويحبّونه أنكم تسعون ليلاً ونهاراً لتحقيق النعيم الأعظم، وقد علمتم كيف يتحقق النعيم الأعظم؛ إنّه بهدى العالمين. فاحرصوا على تحقيق هدفكم العظيم والأحبّ في نفس الله إنْ كُنتُم صادقين أنّكم تريدون تحقيق النعيم الأعظم من جنات النعيم رضوان الله أرحم الراحمين على عباده الضالين، فقد علمتم أنه لن يتحقق رضوان الله على عباده إلا بهداهم أجمعين، وعليه فيلزمكم الصبر واتّباع حكمة المهديّ المنتظَر لتحقيق هدى البشر، وإن أعرضوا أظهرني الله الواحد القهّار عليهم في ليلةٍ بآيةٍ تبلغ من هولها القلوب الحناجر؛ ليلة مرور كوكب العذاب سَقَر فيمطر عليهم بأحجارٍ من نارٍ في دخانٍ مبينٍ فيهدي الله كلّ من في الأرض جميعاً من عباده الضالين، فيقولون: "ربنا اكشف عنا العذاب إنا مؤمنون".
Janganlah kalian lupakan wahai sekalian kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah, bahawa kalian ini berjuang malam dan siang untuk merealisasikan An-Na'eem Al-A'dhom, sesungguhnya kalian telah mengetahui bagaimana An-Na'eem Al-A'dhom akan menjadi nyata; ianya adalah dengan memberikan petunjuk kepada seluruh manusia.
Maka pastikan kalian tetap teguh dan tekun buat mencapai matlamat agung kalian yang paling dicintai dalam Diri Allah, jika sungguh kalian orang yang benar-benar mahu merealisasikan "Kenikmatan Yang Lebih besar" dari kenikmatan syurga, yaitu Keredhaan Allah yang Paling Pengasih dari sekalian yang mengasihani terhadap hamba-hamba-Nya yang sesat, sesungguhnya kalian telah mengetahui, bahawa Keredhaan Allah terhadap hamba-hamba-Nya tidak akan terealisasi, melainkan dengan memberikan petunjuk kepada mereka semua.
Maka dari itu tetaplah bersabar dan ikutilah hikmah Imam Mahdi untuk menunjuki manusia semuanya menjadi kenyataan, sekiranya mereka berpaling, maka Allah yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan akan menzahirkanku kepada mereka pada suatu malam dengan pertanda yang menyesakkan hati naik hingga ke tenggorokan; malam melintasnya Kaukab Al-'Azab Saqar yang menghujani mereka dengan bebatuan api dalam asap kabut yang nyata, lalu Allah memberikan petunjuk kepada semua manusia di bumi dari kalangan hamba-hamba-Nya yang sesat, yang mana mereka itu berkata: Wahai Tuhan kami, lenyapkanlah dari kami azab seksaan ini, sesungguhnya kami akan beriman."
(QS-44:12)
وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..
أخوكم الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني.
Salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam..
Saudara kalian Imam Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani
________________
sumber:
https://albushra-islamia.com/showthread.php?t=27163
https://albushra-islamia.com/showthread.php?t=27169